Lelaki Bawa Keranda Masuk Komuter





Lelaki Bawa Keranda Masuk Komuter. Luar Negara. Beberapa orang pengguna komuter terkejut selepas terlihat dua orang lelaki mengusung keranda dan memasuki komuter bawah tanah di Rusia. Satu rakaman video tular di rusia menunjukkan kedua-dua individu itu mengusung keranda yang berselimut sehelai kain berwarna merah di kawasan platform sebelum menaiki train tersebut.

Lelaki Bawa Keranda Masuk Komuter

keranda trenSaksi berkata keranda yang diusung kelihatan amat ‘berat’ dan kedua-dua lelaki itu terpaksa berhenti beberapa kali sepanjang perjalanan ke stesen tersebut. Kedua-dua lelaki itu bagaimanapun diarahkan keluar daripada tren tersebut.

Tidak dapat dipastikan sama ada mereka berjaya sampai ke destinasi yang ditujui.

Orang ramai tertanya-tanya sama ada mereka membawa bersama mayat di dalam keranda tersebut atau sebaliknya.

Jurucakap tren menjelaskan kedua-dua lelaki tersebut tidak melanggar sebarang undang-undang dan mereka telah membayar tambang khas untuk membawa ‘keranda’ berkenaan masuk ke dalam tren.

“Mereka tidak membawa barang terlarang dan tidak melanggar mana-mana peraturan,” katanya.

Tidak jelas sama ada kejadian aneh itu adalah gurauan. Satu teori adalah bahawa mereka terlambat untuk pengebumian kerana trafik yang terkenal di Moscow.

kredit : Kosmo

 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.