Cara Uji Tahap Stres dan Kemurungan Anda Secara Online





Cara Uji Tahap Stres dan Kemurungan Anda Secara Online. Stress dan kemurungan boleh terjadi kepada semua orang sekiranya terlampau tertekan lebih daripada sepatutnya. Dengan tekanan hidup, perbelanjaan dan masalah keluarga antara yang menjadi faktor stres dan kemurangan semakin meningkat dikalangan rakyat Malaysia.

Cara Uji Tahap Stres dan Kemurungan Anda Secara Online

saringan mental online

Sesiapa sahaja boleh menghadapi penyakit stres atau kemurungan tanpa sebarang sebab seumpama penyakit lain-lain. tetapi ada kalanya ia disebabkan oleh sebab-sebab yang nyata :
– reaksi terhadap penyakit fizikal
– penyakit atau kematian saudara mara
– tekanan hidup
– beban kerja
– hilang pekerjaan
– masalah perhubungan
– masalah kewangan
– masalah keluarga

Selain daripada mengambil ubat, ada banyak cara lain untuk membantu diri anda pulih seperti sedia kala antaranya adalah :

– Berbual dengan rakan rapat
– Bersenam / bersukan
– Pemakanan yang betul / sihat
– Buatlah kerja rumah / Berhobi seperti biasa

Bagaimana kita ingin tahu tahap stres yang kita sedang alami?

Anda boleh menjalani Ujian Saringan Kesihatan Mental atau Depression Anxiety Stress Scale (DASS) secara online yang telah disediakan oleh Public Health Malaysia.

Melalui saringan ini, anda boleh ketahui sedikit sebanyak status tahap kesihatan mental stres dan depresi anda.

Layari laman www.tinyurl.com/phmdass2 untuk menjawab soalan ringkas mengenai tahap kesihatan anda.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.