Gaya Perempuan Suka Duduk Punca Sakit Belakang





Gaya Perempuan Suka Duduk Punca Sakit Belakang. Lazimnya, wanita duduk bersilang peha kerana ia kelihatan lebih sopan dan bergaya. Namun, duduk cara ini boleh mendatangkan masalah sebenanrnya. Baca penjelasan selanjutnya.

Gaya Perempuan Suka Duduk Punca Sakit Belakang

cara duduk betul salah

Apa yang boleh terjadi bila kita suka duduk silang peha?

1) SAKTI BELAKANG
Apabila kaki bersilang di atas kaki satu lagi, kedudukan tulang punggung tidak sama rata. Ini menyebabkan otot-otot di tukang belakang, pelvis dan punggung tak bekerja dengan seimbang.

Hal ini dan boleh menyumbang kepada masalah sakit belakang. Ketidakseimbangan otot ini juga boleh menyebabkan scoliosis —tulang belakang bengkok.

2) VARICOSE VEIN
Tekanan di pelipat lutut menyebabkan injap salur darah vena tak dapat berfungsi dengan baik. Jadi, darah tak mengalir dengan lancar, menyebabkan vena membengkak dan timbul di permukaan betis.

3) SARAF TERHIMPIT
Tekanan di pelvis dan pelipat lutut juga menyebabkan saraf seperti sciatica, tibial dan common peroneal terhimpit, dan ini boleh menyebabkan peha, betis dan tapak kaki menjadi kebas dan semut-semut.

SARANAN:
ℹ️Duduk dalam posisi bahu selaras
ℹ️Kerusi tidak terlalu rendah atau tinggi
ℹ️Peha dan lutut dibengkok sekitar 90°
ℹ️Jika mahu silang kaki, silang di buku lali

RAWATAN:
Jika sudah mula sakit belakang, kebas-kebas kaki, berjumpalah dengan doktor. Jika keadaan tidak terlampau teruk, anda di beri ubat akan dirujuk ke fisioterapi.

Fisioterapi akan ajar anda cara duduk dengan betul, melatih anda kuatkan otot belakang, dan merawat sakit belakang anda dengan bantuan terapi ultrasound, shockwave, infrared heat dan sebagainya(mengikut keesuaian)

Ikuti Page Greatlife Physiotherapy & Rehabilitation untuk dapatkan maklumat tentang kesihatan tubuh anda!

kredit : Greatlife Physiotherapy & Rehabilitation

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.