Kerja Kosong Pembantu Penguatkuasa JPJ Malaysia





Kerja Kosong Pembantu Penguatkuasa JPJ Malaysia. Terbuka kepada semua warga negara Malaysia yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan Pembantu Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) sebelum 11 Februari 2019.

Kerja Kosong Pembantu Penguatkuasa JPJ Malaysia

Setiap permohonan baru perlulah dikemaskini atau diisi sebelum 10 Februari 2019 (Ahad) jam 11.59 malam dan setiap permohonan perlulah dibuat secara online di laman SPA.

Deskripsi Tugas:
Membantu membuat operasi penguat kuasaan, penyediaan statistik penguat kuasaan, menyediakan rekod operasi dan pendakwaan, terlibat dengan saksi kes-kes pendakwaan dan lain-lain tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke semasa.

Terdapat 13 kekosongan yang perlu diisi dan Bekas anggota Polis dan tentera berpangkat konstabel/prebet ke atas digalakkan memohon.

Anda juga boleh memohon untuk jawatan Pemeriksa kereta Motor Gred AB19 Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia. Terdapat 3 kekosongan bagi jawatan ini.

Untuk maklumat syarat lantikan/gaji/skim perkhidmatan boleh diperolehi melalui pautan berikut : melalui SPA Pembantu Penguat Kuasa Gred KP19

GAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,360.00RM4,052.00RM100.00

Permohonan hanya diterima melalui online di laman sesawang Portal SPA

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.