Doktor Kongsikan 8 Petua Atasi Berdengkur





Doktor Kongsikan 8 Petua Atasi Berdengkur. Pasti ramai diantara kita yang mengalami masalah berdengkur ketika tidur. Ada yang berdengkur setiap hari dan ada juga yang berdengkur hanya ketika letih sahaja. Baca petua dibawah untuk mengatasi masalah dengkur anda.

Doktor Kongsikan 8 Petua Atasi Berdengkur

Adakah suami, isteri atau anak anda mengalami dengkuran yang teruk ? Saya beri 8 langkah sihat yang mudah untuk atasi masalah berdengkur.

1. Berat badan dan senaman

Berlebihan berat badan akan meningkatkan risiko lemak yang boleh menolak pada tekak dan memburukkan lagi masalah berdengkur. Memulakan program penurunan berat badan dan senaman dapat mengurangkan dengkuran dalam banyak individu.

2. Tukar posisi

Tidur di sebelah sisi boleh menghalang lidah daripada jatuh ke belakang dan menyekat tekak semasa tidur. Bantal boleh digunakan untuk mengelakkan anda berguling kembali ke belakang semasa tidur. Boleh cuba di rumah.

3. Hadkan Alkohol

Minum alkohol akan melegakan otot-otot pada saluran pernafasan lebih daripada biasa. Ini menyebabkan saluran pernafasan ‘collapse’ dengan lebih lagi dan memburukkan masalah berdengkur. Hadkan penggunaan alkohol (untuk penurunan berat badan)

4. Berhenti merokok

Merokok menyebabkan kesesakan nafas dan hidung yang membawa kepada masalah berdengkur yang lebih teruk . Berhenti merokok boleh membantu untuk mengurangkan berdengkur dan meningkatkan kesihatan anda secara keseluruhan.

5. Ubat-ubatan

Ubat-ubatan tertentu boleh memberi kesan kepada masalah berdengkur. Bercakap dengan doktor anda sebelum membuat apa-apa perubahan pada ubat anda kerana mereka akan memberikan ubat yang sesuai dengan anda.

6. Mengatasi masalah hidung

Jika anda mengalami masalah hidung seperti resdung, polip dan sebagainya. Dapatkan rawatan yang sewajarnya. Nasihat dan pemeriksaan doktor adalah lebih baik.

7. Kenalpasti alahan

Masalah hidung yang disebabkan oleh alahan adalah punca biasa yang dialami oleh mereka berdengkur. Ujian untuk alahan boleh membantu anda untuk mengenal pasti dan mengurangkan alergen yang berpotensi dalam persekitaran tidur anda (seperti tempat tidur, debu, bulu haiwan peliharaan, dan sebagainya) dan seterusnya mengurangkan dengkuran.

8. Pembedahan dan CPAP machine

Jika tiada kaedah standard yang disebutkan di atas berjaya mengurangkan dengkuran anda, maka rujuklah ke klinik telinga, hidung dan tekak mengenai masalah anda. Kemungkinan pembedahan atau penggunaan CPAP(Continuous Positive Airway Pressure) machine boleh dianggap sebagai jalan terakhir.

#SHARE kepda orang yang anda sayang. Saya doa kita semua diberi kesihatan berpanjangan.

Untuk lebih banyak tips dan perkongsian boleh singgah di laman page dibawah.

Kredit : Dr. Ezairy M.Sallih
Doktor telinga, hidung & tekak

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.