Tidur dalam kereta boleh membawa MAUT





Tidur dalam kereta boleh membawa MAUT. Ramai pemandu yang berhenti di kawasan rehat dan rawat R&R untuk tidur sebentar sebelum meneruskan pemanduan. Namun, tahukah anda tidur di dalam kenderaan dengan enjin yang masih hidup boleh menyebabkan keracunan karbon monoksida (CO) ?

Tidur dalam kereta boleh membawa MAUT

Bagaimana Gas CO boleh membunuh ?

  1. Apabila enjin kenderaan dihidupkan dalam masa panjang, kebocoran gas boleh berlaku daripada ekzos dan masuk ke kabin penumpang.
  2. Karbon monoksida tidak berbau dan tidak berwarna, jadi anda tidak akan sedar yang anda sedang menyedut gas itu.
  3. Gas CO akan mengurangkan keupayaan darah untuk membawa oksigen ke sel-sel dalam tubuh manusia, menyebabkan kerosakan organ.
  4. Kepekatan gas CO yang tinggi dalam darah boleh membunuh.

Jadi kenapa kita boleh bertahan memandu dengan penghawa dingin terpasang? Ia adalah kerana kita berada dalam keadaan sedar dan jika berlaku perubahan suhu atau kebocoran, kita akan segera bertindak dengan menutup penghawa dingin dan membuka tingkap.

Walaupun ada yang berpendapat menurunkan sedikit cermin kereta boleh mengelakkan keracunan gas, ia bukanlah satu tindakan yang tepat. Sebaik-baiknya keluar daripada kenderaan dan berehatlah di tempat yang mempunyai kitaran udara yang baik, selamat dan segar.

Pastikan juga penghawa dingin kenderaan anda diperiksa dan diservis mengikut jadual atau sekurang-kurangnya dalam tempoh enam bulan sekali bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini berlaku.

Tagkan ahli keluarga, saudara mara dan rakan-rakan anda supaya informasi ini dapat dijadikan peringatan dan panduan untuk semua.

kredit : http://rmp.gov.my

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.