Facebook Instagram Whatsapp alami gangguan





Facebook Instagram Whatsapp alami gangguan. Sekiranya anda perasan beberapa jam lepas beberapa media sosial mengalami masalah gangguan teknikal yang mana melibatkan media facebook, instagram dan juga whatsapp.

Masalah ini mula disedari pengguna media sosial beberapa jam lepas apabila ramai yang mendakwa tidak dapat mengupdate status atau menghantar gambar. Kebanyakan masalah dikesan melibatkan posting video, gambar dan ada juga sesetengah yang melibatkan komen tak boleh dihantar.

Ramai pengguna rata rata meluahkan rasa terkejut jarang-jarang kali kita dengar masalah dari pihak facebook dan kali ini melibatkan instagram dan juga whatsapp. Akan tetapi masalah ini sedang dalam pembaikan daripada pihak facebook.

Diharap pengguna media sosial dapat bersabar dan tunggu kemaskini daripada pihak facebook bagi mereka menyelesaikan masalah yang sedang dialami.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.