Alhamdulillah Kouta Haji Dinaikkan kepada 31600 Kenaikan Sebanyak 1400 Orang





Alhamdulillah Kouta Haji Dinaikkan kepada 31600 Kenaikan Sebanyak 1400 Orang. Berita baik bagi mereka yang inging mengerjakan haji, Kerajaan Saudi bersetuju memberi tambahan kuota sebanyak 1,400 orang kepada jamaah Malaysia menjadikan kuota Haji Malaysia sebanyak 31,600 orang.

Alhamdulillah Kouta Haji Dinaikkan kepada 31600 Kenaikan Sebanyak 1400 Orang

Selain itu, pra-pelepasan imigresen jamaah haji Malaysia dari KLIA ke Jeddah berjalan sepertimana tahun lalu namun bermula tahun ini, satu kemudahan baru akan disediakan iaitu pra-pelepasan imigresen menggunakan Terminal Khas disediakan Kerajaan Saudi melalui EYAB di Jeddah dan Madinah.

Kerajaan Arab Saudi juga memansuhkan bayaran SR2,000 yang sebelum ini dikenakan kepada jemaah yang mengerjakan haji lebih daripada sekali.

Dipetik Dr Mujahid Yusof Rawa yang baru pulang dari Arab Saudi dalam lawatan kerja selama tiga hari bagi menghadiri Mesyuarat Haji bersama Menteri Haji &Umrah, Arab Saudi, TYT Dr Mohammed Saleh bin Taher Benten.

Dah Daftar eWallet RM30 ? Rujuk sini eWallet Online

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.