Cuaca Panas dan Kering Berterusan Sehingga Hujung Mac 2020





Cuaca Panas dan Kering Berterusan Sehingga Hujung Mac 2020. Melalui Laman sosial Jabatan Meteorologi Malaysia, negara kini sedang berada pada fasa kedua Monsun Timur Laut yang dijangka berakhir pada hujung bulan Mac 2020.

Cuaca Panas dan Kering Berterusan Sehingga Hujung Mac 2020

cuaca kering dan panas

Monsun Timur Laut ini merupakan tempoh kurangnya taburan hujan di seluruh negara kecuali di barat Sarawak dan Sabah.

Dalam tempoh ini, ketiadaan hujan atau taburan hujan yang rendah dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan keadaan cuaca yang agak kering terutamanya di negeri-negeri utara Semenanjung iaitu Kedah, Perlis, dan utara Perak serta utara Kelantan dan Utara Terengganu di pantai timur.

Keadaan ini dijangka akan berterusan sehingga berakhirnya musin Monsun Timur Laut pada hujung Mac 2020.

Semasa tempoh cuaca panas dan kering sekarang, orang ramai dinasihatkan untuk menjimatkan penggunaan air, berhati-hati ketika melakukan aktiviti luar, tidak melakukan pembakaran terbuka dan minum air secukupnya.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.