Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur (WCHKL) Kini Dikenali Sebagai Hospital Tunku Azizah (HTA)





No Telefon, Lokasi. Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur (WCHKL) Kini Dikenali Sebagai Hospital Tunku Azizah (HTA). WCH yang terletak dalam Hospital Kuala Lumpur HKL kini dikenali dengan nama Hospital Tunku Azizah yang telah di rasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.

Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur (WCHKL) Kini Dikenali Sebagai Hospital Tunku Azizah (HTA)

Hospital Tunku Azizah (HTA) merupakan hospital kerajaan pertama yang dibangunkan secara kaedah Pembiayaan Inisiatif Swasta (Private Finance Initiative-PFI) dengan kerjasama sektor swasta iaitu UEM Group Berhad dan Najcom Sdn Bhd.

Dilengkapi dengan 600 katil, HTA mula dibina pada tahun 2013 dan beroperasi secara berperingkat bermula 25 Februari 2019 sebagai Hospital Rujukan Kebangsaan dan Pusat Kecermelangan Perkhidmatan Perawatan Kesihatan khusus kepakaran untuk wanita dan kanak-kanak (Obsetrik dan Ginekologi serta Pediatrik).

Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dalam ucapannya berkata, Kerajaan telah menaik taraf hospital-hospital bagi memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan selesa. Kerajaan akan pastikan HTA akan terus cemerlang demi kesejahteraan rakyat kerana wanita dan kanak-kanak berhak mendapat layanan terbaik kerana mereka yang akan menjadi tunggak Negara.

Menurut perkembangan lain, YB Menteri dalam sidang media berkata KKM tidak menemukan sebarang coronavirus sepertimana di Wuhan, China. Beliau berkata ini adalah dianggap sebagai demam selsema bermusim daripada H1N1, Influenza A dan B.

Lokasi : Dalam HKL, Bersebelahan Masjid HKL berhadapan dengan Pesakit Luar LAMA
No Telefon WCH/HTA : 03 2600 3000

Kredit : Facebook KKM

Lihat juga tips dan info kesihatan sebagai langkah dan panduan seharian.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.