Nikmati Diskaun 50% Pengurangan Saman Secara Online





Nikmati Diskaun 50% Pengurangan Saman Secara Online. Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) buat julung kalinya mengambil inisiatif dengan menawarkan diskaun saman sebanyak 50 peratus secara dalam talian sempena Op Selamat 16/2020.

Nikmati Diskaun 50% Pengurangan Saman Secara Online

saman aes

Pelaksanaan inisiatif tersebut selaras dengan seruan kerajaan dalam Pelan Strategik e-Pembayaran Sektor Awam bagi membolehkan orang ramai menikmati tawaran diskaun saman tersebut mulai 18 hingga 22 Januari ini dengan melayari portal www.myeg.com.my dan www.rilek.com.my.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor dalam ucaptamanya melancarkan Op Selamat 16/2020 di perkarangan Persada Plus, Subang Jaya, di sini, bagi sambutan perayaan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.