Penjawat Awam Terima Bantuan Khas Aidilfitri RM500





Penjawat Awam Terima Bantuan Khas Aidilfitri RM500. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan melaksanakan keputusan Kerajaan untuk memberi Bantuan Khas Aidilfitri Tahun 2020 kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana.

Penjawat Awam Terima Bantuan Khas Aidilfitri RM500



Kerajaan telah memutuskan supaya Bantuan Khas Aidilfitri Tahun 2020 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan di Gred 56 dan ke bawah yang masih berkhidmat pada 20 Mei 2020 sebanyak RM500.00 dan turut dipanjangkan kepada pesara Kerajaan yang menerima pencen sebanyak RM250.00.

Bantuan Khas Aidilfitri Tahun 2020 sebanyak RM500.00 dipanjangkan kepada PSH yang masih berkhidmat pada 20 Mei 2020 dengan syarat tempoh kontraknya telah berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut.

TARIKH PEMBAYARAN Bantuan Khas Aidilfitri Tahun 2020 ini akan dibayar pada 20 Mei 2020.

Pekeliling : Bantuan Raya Aidilfitri

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.