Bukit Broga Ditutup Gara-gara Terlalu Sesak





Bukit Broga Ditutup Gara-gara Terlalu Sesak. Bukit Broga ditutup mengikut Akta 342. Terdapat pelaporan di media massa dan media sosial terhadap tahap pematuhan kepada SOP di kalangan individu, syarikat dan industri yang mungkin semakin menurun.

Bukit Broga Ditutup Gara-gara Terlalu Sesak

Baru-baru ini terdapat penularan isu terlalu ramai pengunjung di Bukit Broga, Selangor. Sehubungan itu, KKM mengeluarkan perintah penutupan kawasan pendakian Bukit Broga di bawah Seksyen 18, Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) berkuatkuasa mulai 27 Jun 2020 (Sabtu) sehingga ke suatu tempoh yang akan dimaklumkan kemudian.

SOP dan normal baharu yang sering ditekankan Kerajaan sememangnya bertindak sebagai sistem pertahanan Negara kita terhadap penularan wabak COVID-19.

Justeru, KKM menyeru orang ramai supaya tidak alpa dan mengambil mudah dengan pematuhan kepada SOP dan normal baharu.

KKM berharap segala usaha kita selama ini untuk memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19 diteruskan oleh semua peringkat dan lapisan masyarakat.

Datuk Dr Noor Hisyam Abdullah
Ketua pengarah Kesihatan Malaysia

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.