3 Kluster Baru Dicatatkan Termasuk Kluster Restoran Kuala Lumpur





3 Kluster Baru Dicatatkan Termasuk Kluster Restoran Kuala Lumpur. Beberapa hari ini kes Covid-19 di Malaysia menunjukkan peningkatan dengan banyak kluster baru dikesan. Pada hari ini sebanyak 15 kes positif dicatatkan dengan 4 kes import dan 11 kes tempatan. Sebanyak 7 kes sembuh dan 1 kes kematian. 2 Berada di ICU dan 1 memerlukan bantuan alat pernafasan.

3 Kluster Baru Dicatatkan Termasuk Kluster Restoran Kuala Lumpur

covid19 malaysia

3 Kluster baharu dilaporkan pada hari ini.

KLUSTER RUMAH KONGSI SEPANG
Sebuah kluster baharu yang telah dikesan di sebuah tapak pembinaan di Sepang, Selangor. Sehingga 19 Julai 2020 jam 12 tengah hari, 96 orang pekerja telah disaring, iaitu terdiri daripada sembilan (9) warganegara Malaysia dan 87 bukan warganegara iaitu:
-63 warga Indonesia;
-22 warga Bangladesh;
-9 warganegara Malaysia; dan
-2 warga Myanmar.

Daripada jumlah saringan ini, 96 orang telah disampel.
Keputusan persampelan setakat ini adalah seperti berikut:

2 kes dikesan positif COVID-19; dan 94 adalah negatif.
Kluster ini melibatkan 2 bukan warganegara, iaitu 1
warga Indonesia yang merupakan kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-8739) dan satu (1) warga Bangladesh yang merupakan kontak rapat kes yang dilaporkan pada hari ini.

KLUSTER RESTORAN KUALA LUMPUR
Sebuah kluster baharu yang telah dikesan di sebuah restoran di Brickfields, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, iaitu hasil saringan rawak di lapangan oleh Pejabat Kesihatan Daerah. Sehingga 19 Julai 2020 jam 12 tengah hari, seramai 250 orang iaitu 14 orang pekerja restoran dan 236 orang pelanggan restoran telah disaring.

Daripada jumlah saringan ini, 250 orang telah disampel. Keputusan persampelan setakat ini adalah seperti berikut:

2 kes dikesan positif COVID-19; dan 248 adalah negatif.
Kluster ini melibatkan dua (2) bukan warganegara, iaitu warga
India yang merupakan kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-8666) dan kontak rapat kes yang dilaporkan pada hari ini.

KLUSTER JETI KUCHING
Sebuah kluster baharu yang telah dikesan di Sarawak.

Sehingga 19 Julai 2020 jam 12 tengah hari, 25 orang nelayan telah disaring dan keputusan persampelan setakat ini adalah seperti berikut:

2 kes dikesan positif COVID-19; dan 23 adalah negatif.
Kluster ini melibatkan dua (2) bukan warganegara, iaitu warga
Indonesia yang merupakan kes indeks kluster ini (iaitu kes ke8736) dan kontak rapat kes yang dilaporkan pada hari ini. Punca jangkitan bagi ketiga-tiga kluster masih di dalam siasatan.

PERINCIAN KES BAHARU (15 KES)

WPKL – (1)

1 kes BWN India kontak rapat kepada kes ke-8666. Kes tidak bergejala, positif RT-PCR & dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh (HSB). Kes adalah dari kluster baru iaitu; Kluster Restoran Kuala Lumpur.

SELANGOR – (4)

1 kes WN saringan pembedahan di PPUM. Kes tidak bergejala, positif RTK-Ag & dimasukkan ke HSB.
1 kes BWN Bangladesh kontak rapat kes-8739. Kes tidak bergejala, positif RT-PCR & dimasukkan ke HSB. Kes adalah dari kluster baru iaitu; Kluster Rumah Kongsi Sepang.
1 kes import BWN Libya pulang dari Libya. Kes positif RTK-Ag & dimasukkan ke HSB.
1 kes import BWN Rusia balik dari India. Kes adalah kapten kapal Hydepark dan salah satu dari 5 krew kapal disaring. 4 krew lain negatif. Kes tidak bergejala, positif RTK-Ag & dimasukkan ke HSB.

JOHOR – (1)
Kes adalah penghuni pusat jagaan warga emas. Beliau bergejala demam dan batuk pada 10 Julai. Beliau disahkan meninggal dunia sebaik tiba ke wad kecemasan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom pada 17 Julai.

SARAWAK – (6)
1 kes BWN Indonesia kontak rapat kepada kes ke-8771. Kes tidak bergejala, positif RT-PCR dan dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS). Kes adalah dari kluster baru iaitu; Kluster Jeti Kuching.
1 kes WN saringan kontak rapat kes ke-8743. Kes tidak bergejala, positif RT-PCR dan dimasukkan ke HUS.
1 kes WN saringan sendiri. Kes bergejala batuk dan sakit tekak, positif RT-PCR dan dimasukkan ke HUS.
1 kes WN saringan sebelum kembali kerja. Kes tidak bergejala, positif RT-PCR dan dimasukkan ke HUS.
2 saringan survelan di airport:
1 kes WN tidak bergejala, positif RT-PCR & telah pulang ke KL sebelum dimasukkan ke HSB
1 kes WN tidak bergejala, positif RT-PCR & dimasukkan ke HUS

SABAH – (1)
1 kes WN saringan prosedur. Kes positif RTK-Ag, tidak bergejala dan dimasukkan ke ICU dengan bantuan alat pernafasan di Hospital Queen Elizabeth 2.

PERAK – (2)
2 kes import WN balik dari UK:
Kes 8778 & 8779 ada sejarah perjalanan ke UK. Mereka jalani kuarantin di rumah sebelum jalani pensampelan ulangan hari ke-13. Kedua-dua kes tidak bergejala, positif RTK-Ab & RT-PCR dan dimasukkan ke Hspt Raja Permaisuri Bainun.

kredit : KKM

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.