Kes Meningkat 39 Kes dan 2 Kluster Terbaru





Kes Meningkat 39 Kes dan 2 Kluster Terbaru. Kes baharu COVID19 hari ini melonjak kepada 39 kes dengan 28 kes jangkitan tempatan. Kerajaan sedia mengembalikan PKP jika kes baharu meningkat ke 3 digit. Patuhi SOP setiap masa. Pakai pelitup muka di tempat sesak untuk melindungi diri anda, keluarga dan orang lain

Kes Meningkat 39 Kes dan 2 Kluster Terbaru

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Sebanyak 39 kes dicatatkan hari ini dengan 28 kes tempatan dan 11 kes import. Sebanyak 6 kes sembuh dicatatkan. 2 Kluster baru dikenalpasti iaitu PUI Sivagangga dan Satok.

1. Kluster Satok. Kluster ini dikesan di sebuah pasar di Satok, Kuching, di mana saringan COVID-19 telah dijalankan di pasar tersebut. Sehingga 28 Julai 2020 sebanyak 229 orang peniaga telah disaring. Daripada jumlah tersebut, 4 dikesan positif COVID-19 dan 225 negatif.

Kesemua kes positif adalah tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan.

Aktiviti pencegahan dan kawalan jangkitan di pasar tersebut sedang dilaksanakan termasuk proses pembersihan dan nyah kuman bagi premis dan kemudahan yang berkaitan.

2. Kluster PUI Sivagangga, India. Kes indeks kluster ini merupakan seorang pemastautin tetap yang telah pulang ke Malaysia dari negara India pada 13 Julai 2020 (iaitu kes ke-8937). Saringan COVID-19 di Pintu Masuk Antarabangsa KLIA didapati negatif. Beliau telah menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) namun didapati tidak mematuhi syarat perintah tersebut dan di dalam tindakan pihak berkuasa.

Saringan ulangan didapati positif dan beliau telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah. Susulan itu, aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat telah dijalankan. Sehingga 28 Julai 2020, 28 kontak rapat telah disaring. Daripada jumlah tersebut, 5 dikesan positif COVID-19; dan 23 negatif.

Kes indeks merupakan seorang pemilik kedai makan. Empat orang daripada kes positif dalam kluster ini adalah pekerja kedai tersebut yang merupakan bukan warganegara manakala seorang lagi adalah ahli keluarga kepada kes indeks. Kesemua kes positif ini berkongsi tempat kediaman dengan kes indeks. Premis yang dikenalpasti ini telah ditutup bagi proses pembersihan dan nyah kuman.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.