Pembayaran Bantuan Sara Hidup BSH Fasa 3





Pembayaran Bantuan Sara Hidup BSH Fasa 3. Sehingga 26 jun, seramai 10.215 juta penerima BPN telah menerima bantuan ini,yang membawa keseluruhan bayaran BPN kepada 10.9 billion iaitu 97.32% tahap pelaksanaan.

Pembayaran Bantuan Sara Hidup BSH Fasa 3



kredit : kosmo

Berita baik bagi penerima Bantuan Sara Hidup (BSH). Bagi penerima di semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, bayaran untuk fasa 3 akan dibuat sebelum akhir bulan julai dan melibatkan 5juta penerima, iaitu 3.8 juta isi rumah dan 1.2 juta individu bujang. Implikasi kos fasa 3 kepada kerajaan adalah sebanyak RM 3 Billion.

Sebagai peringatan, jumlah BSH yang diterima bergantung kepada pendapatan iaitu :

  1. Isi rumah kurang RM2,000 = RM600
  2. Isi rumah RM2,000 – RM3,000 = RM350
  3. Isi rumah RM3,000 – RM4,000 = RM100
  4. Bujang 40thn kurang RM2,000 = RM400

Penerima kategori isirumah juga akan menerima tambahan banuan RM120 bagi setiap anak bawah 18thn dengan maksima 4 orang anak. Contoh – si rumah berpendapatan kurang RM2,000 dengan 4 orang anak akan mendapatt RM1,080 (RM600 + RM120 x 4).

Fasa ketiga akan dilaksanakan mulai 24 julai 2020 (jumaat)

YB Tengku Dato’ Sri Zafrul Aziz
Menteri Kewangan
Kementerian Kewangan Malaysia

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.