Kluster Baru Di Kedah Kluster Telaga





Kluster Baru Di Kedah Kluster Telaga. KKM ingin memaklumkan bahawa satu kluster baharu telah dikenal pasti di Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah. Kes merupakan kontak rapat kepada kes indeks yang dikesan positif pada 24 Ogos 2020 (kes ke-9284). Kes tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk diberi rawatan.

Kluster Baru Di Kedah Kluster Telaga

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Kedua-dua kes ini merupakan petugas kesihatan di hospital tersebut namun tugasan tidak melibatkan jagaan kes yang disahkan positif COVID-19. Sehingga 30 Ogos 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 374 orang telah disaring dalam kluster ini melibatkan ahli keluarga, kakitangan hospital dan lain-lain.

Daripada jumlah ini: • 2 kes dikesan positif COVID-19; dan • 372 individu adalah negatif.Sebagai langkah kawalan, lebih banyak saringan tertumpu di hospital akan dijalankan.

Langkah pencegahan dan kawalan jangkitan seperti pembersihan dan proses nyah kuman juga telah dijalankan di premis yang berkaitan. Perkhidmatan Hospital Sultanah Bahiyah tidak terjejas dan tetap berjalan seperti biasa.

Punca jangkitan masih dalam siasatan namun besar kemungkinan ianya disyaki berpunca dari kalangan komuniti.

Daripada 17 kes baharu yang dilaporkan hari ini, 15 kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan 11 warganegara Malaysia dan 4 bukan warganegara.

15 kes import tersebut adalah dari negara:i. India (12 kes di WP Kuala Lumpur);ii. Arab Saudi (2 kes di WP Kuala Lumpur); daniii. Jepun (1 kes di Sarawak).

2 kes penularan di dalam negara adalah di kalangan warganegara Malaysia. Perincian kes adalah seperti berikut:

Selangor: 1 kes saringan kontak rapat kes positif ke-9286, lalu membentuk kluster baharu iaitu Kluster MV GLen; dan

Kedah: satu (1) kes saringan kontak rapat kes positif ke-9284, lalu membentuk kluster baharu iaitu Kluster Telaga.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.