82 Kes Baru Dengan 10 Negeri Terlibat





82 Kes Baru Dengan 10 Negeri Terlibat. Sebanyak 82 kes baru manakala sembuh mencatatkan sebanyak 89 kes dan tiada kematian dicatatkan hari ini. Kes yang dirawat di ICU sebanyak 8 kes dengan 4 memerlukan bantuan alat pernafasan. Kes COVID-19 pada masa kini telah mencecah 32.4 juta kes dan jumlah kes harian menunjukkan kenaikan iaitu sekitar 321,000 kes berbanding sebelumnya kira-kira 306,000 kes.

82 Kes Baru Dengan 10 Negeri Terlibat

Jumlah kes harian bagi negara India dan Amerika Syarikat masing-masing menunjukkan kenaikan iaitu sekitar 86,000 kes dan 46,000 kes. Manakala negara Brazill kekal 32,000 kes.

Kadar kematian dunia pada masa kini menurun kepada 3.05% atau sekitar 988,000 kes dan kadar kesembuhan pula meningkat 73.16 % atau sekitar 23.7 juta kes.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 851 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.
Ingin dimaklumkan daripada 82 kes baharu yang dilaporkan, tiga (3) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan dua (2) warganegara dan satu (1) bukan warganegara dari negara:
• Yaman: Satu (1) kes dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang melibatkan warganegara.
• Bangladesh: Satu (1) kes dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang melibatkan warganegara.
• Filipina: Satu (1) kes dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang melibatkan bukan warganegara.

Daripada 79 kes penularan di dalam negara, 53 kes adalah warganegara Malaysia dan 26 kes adalah bukan warganegara. Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

Sabah: 64 kes

  • 33 kes daripada Kluster Benteng LD yang melibatkan 11 kes warganegara dan 22 kes bukan warganegara;
  • 25 kes daripada Kluster Bangau-Bangau yang melibatkan 24 kes warganegara dan satu (1) kes bukan warganegara;
  • Tiga (3) kes saringan bergejala yang melibatkan warganegara.
  • Satu (1) kes saringan petugas kesihatan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) pulang dari Semenanjung yang melibatkan warganegara;
  • Satu (1) kes Influenza-Like Illness (ILI) di Klinik Kesihatan Tawau yang melibatkan warganegara; dan
  • Satu (1) saringan kemasukan ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas yang melibatkan bukan warganegara.

Negeri Sembilan: Tiga (3) kes

  • Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
  • Satu (1) kes saringan ke luar negara yang melibatkan bukan warganegara.

Kuala Lumpur: Tiga (3) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang kesemuanya melibatkan warganegara.

• Selangor: Dua (2) kes

  • Satu (1) kes saringan kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
  • Satu (1) saringan tahanan yang melibatkan bukan warganegara.

Terengganu: Dua (2) kes saringan kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.

Pahang: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.

Melaka: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.

Johor: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.

Sarawak: Satu (1) kes saringan petugas kesihatan yang melibatkan warganegara.

Labuan: Satu (1) kes saringan petugas kesihatan yang melibatkan warganegara.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.