Perkhidmatan Celcom Kembali Pulih









Perkhidmatan Celcom Kembali Pulih. Disebabkan masalah teknikal sekitar jam 3-6 petang hari ini 4 Oktober 2020, pelanggan di seluruh negara mengalami gangguan untuk perkhidmatan suara, SMS dan data. Namun, semua perkhidmatan pulih secara beransur-ansur pada pukul 6 petang, pada hari yang sama.

Perkhidmatan Celcom Kembali Pulih




Sebagai tanda penghargaan kami atas kesabaran pelanggan kami, semua penggunaan data untuk kuota yang diperuntukkan pelanggan kami, tidak akan dipotong dari jam 6 petang hingga 12 pagi (tengah malam) hari ini.

Pelanggan di beberapa kawasan di seluruh negara mungkin mendapati pengalaman perkhidmatan suara dan data mereka terjejas kerana masalah teknikal yang kita hadapi sekarang. Pasukan teknikal kami berusaha keras untuk menyelesaikan masalah ini dan memulihkan perkhidmatan secepat mungkin.

Petikan diambil dari laman sesawang facebook dan twitter celcom

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.