6 Lagi Kluster Baru Dengan 1315 Kes Baru





6 Lagi Kluster Baru Dengan 1315 Kes Baru. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 1,110 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah 51,314 kes (81.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

6 Lagi Kluster Baru Dengan 1315 Kes Baru



Pada hari ini, 28 November 2020, negara kita telah merekodkan kes harian baharu sebanyak 1,315 kes. Inimenjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 63,176 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 11,508 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat lima (5) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara dan 1,310 kes adalah merupakan penularan COVID-19 dalam negara.

Negeri Sabah pada hari ini masih melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 476 kes (36.2 peratus), di mana 406 kes (85.3 peratus) daripada kes-kes dikesan di negeri Sabah adalah hasil saringan kluster-kluster dan kontak rapat kes positif COVID-19 yang giat dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh negeri Selangor sebanyak 266 kes (20.2 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur  sebanyak 191 kes (14.5 peratus).

Sebanyak 112 kes (8.5 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara yang membabitkan Kluster PTS Sibuga (99 kes), Kluster Tembok (8 kes), Kluster Penjara Reman (2 kes),  Kluster Rumah Merah (2 kes), dan Kluster Penjara Kepayan (1 kes).

Sehingga kini, terdapat 118 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 43 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan, terdapat pertambahan empat (4) kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 354 kes (0.56 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Sehingga 28 November 2020, terdapat sebanyak 355 kluster telah dilaporkan termasuk enam (6) kluster baharu yang dilaporkan pada hari ini. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 175 kluster termasuk dua (2) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Menara dan Kluster Simera. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 180 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak44 kluster melaporkan pertambahan kes. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Enggor (126 kes)Kluster Teratai (90 kes) dan Kluster Bintang (71 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat enam (6) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

  • KLUSTER PTS SIBUGA

Kluster ini melibatkan daerah Sandakan, Sabah. Kes indeks (iaitu kes ke-35885) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 5 November 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 28 November 2020, sejumlah 324 individu telah disaring, di mana 104 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAPAK BINA JESSELTON

Kluster ini melibatkan daerah Kota Kinabalu, Sabah. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 28 November 2020 hasil saringan di tempat kerja. Sehingga 28 November 2020, sejumlah 181 individu telah disaring, di mana 44 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER DERMAGA

Kluster ini melibatkan daerah Sandakan, Sabah. Kes indeks (iaitu kes ke-25325) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 24 Oktober 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 28 November 2020, sejumlah 297 individu telah disaring, di mana 34 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TEMPASUK

Kluster ini melibatkan daerah Kota Belud, Sabah. Kes indeks (iaitu kes ke-56849) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 24 November 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 28 November 2020, sejumlah 149 individu telah disaring, di mana 12 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER UD SS2

Kluster ini melibatkan daerah Petaling, Selangor. Kes indeks (iaitu kes ke-61360) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 27 November 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 28 November 2020, sejumlah 40 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19.

  • KLUSTER TAPAK BINA AWAN BARU

Kluster ini melibatkan daerah Kepong dan Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes dalam kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 28 November 2020 melalui saringan bersasar ke atas pekerja-pekerja di sebuah tapak pembinaan. Sehingga 28 November 2020, sejumlah 442 individu telah disaring, di mana 31 kes telah dikesan positif COVID-19.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.