Cara Memohon Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) PERKESO Bagi Yang Kehilangan Pekerjaan

Cara Memohon Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) PERKESO Bagi Yang Kehilangan Pekerjaan. Sistem Insurans Pekerjaan, (SIP) mula dilaksanakan pada Januari 2018 sebagai satu jaringan keselamatan sosial yang bertujuan membantu golongan pekerja yang kehilangan pekerjaan untuk mendapatkan bantuan kewangan dan mencari pekerjaan baru.

Cara Memohon Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) PERKESO Bagi Yang Kehilangan Pekerjaan

Sistem Insurans Pekerjaan menawarkan dua jenis faedah iaitu faedah berbentuk kewangan dan faedah bantuan pencarian pekerjaan.
Terdapat 5 jenis faedah berbentuk kewangan iaitu:

1. Elaun Mencari Pekerjaan (EMP)

  • Elaun kewangan bagi mereka yang kehilangan sumber pendapatan tunggal
  • Pemohon yang berjaya akan dibayar elaun bulanan minimum 3 bulan dan maksimum 6 bulan mengikut kadar dalam Jadual 1 dan berdasarkan Gaji Bulanan Anggapan dalam Jadual 2
  • Tempoh bayaran akan ditetapkan oleh Syarat Kelayakan Caruman (CQC) pemohon. Jadual kelayakan CQC boleh didapati di Jadual 3.
  • Pemohon mesti membuktikan mereka aktif mencari pekerjaan bagi melayakkan mereka menerima elaun yang seterusnya

2. Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB)

  • Elaun kewangan bagi mereka yang mempunyai beberapa pekerjaan dan telah kehilangan sekurang-kurangnya satu, tetapi tidak semua pekerjaan
  • Kadar dan tempoh bayaran adalah sama dengan EMP
  • Dibayar secara pukal

3. Fi/Yuran Latihan (FL)

  • Kemudahan latihan vokasional
  • Perbelanjaan latihan akan dibayar terus kepada syarikat yang menyediakan latihan (service provider) bagi pemohon yang terpilih
  • Pemohon yang berjaya boleh menerima sehingga 6 bulan latihan dengan kos maksimum RM 4000

4. Elaun Latihan (EL)

  • Satu insentif kewangan yang dibayar kepada peserta latihan bagi menggalakkan mereka menghadiri semua sesi latihan
  • Dibayar secara bulanan dengan kadar RM10 (min) – RM20 (max) / hari (maksimum 6 bulan), bergantung kepada Gaji Anggapan Bulanan
  • Peserta mesti membuktikan mereka menghadiri semua sesi latihan untuk melayakkan mereka menerima EL

5. Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA)

  • Insentif kewangan yang dibayar kepada penerima faedah EMP yang berjaya kembali bekerja awal
  • Sebanyak 25% daripada baki EMP
  • Dibayar secara pukal

SIP telah menyediakan dua jenis faedah bantuan pencarian pekerjaan untuk kemudahan orang berinsurans:
1. Program Penempatan Pekerjaan

  • Menerusi kaedah sokongan secara individu oleh Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO kepada Orang Berinsurans yang berdaftar dengan Program Penempatan Pekerjaan Semula

2. Kaunseling Kerjaya

  • Satu perkhidmatan kaunseling yang disediakan oleh Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO bagi mengenal pasti jurang kemahiran dan masalah yang dihadapi oleh Orang Berinsurans dalam membantu membuat pilihan dan hala tuju kerjaya.

Permohonan boleh dibuat di atas talian atau di mana-mana kaunter pejabat PERKESO

Dokumen tersebut diperlukan semasa membuat permohonan:

  • Salinan KPPN
  • Bukti kehilangan pekerjaan, contohnya surat penamatan kerja
  • Salinan maklumat akaun bank
  • Slip gaji untuk 6 bulan sebelum tarikh kehilangan pekerjaan

Selain itu, pemohon faedah-faedah tertentu dikehendaki untuk mengemukakan dokumen sokongan tambahan. Dokumen sokongan untuk semua jenis faedah adalah seperti jadual di bawah:

FaedahDokumen
Elaun Mencari Pekerjaan (EMP)
Laporan kepada Program Penempatan Pekerjaan
Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB)
Perakuan semasa majikan aktif
Fi Latihan (FL)

Surat tawaran latihanInvois daripada penyedia latihanLaporan kehadiran latihan
Elaun Latihan (EL)

Surat menjalani latihanBukti kehadiran latihan
Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA)

Surat tawaran kerjaDokumen pembuktian melapor diri seperti kad perakam waktu dan lain-lain

Sila rujuk kepada panduan pengguna sebelum membuat permohonan di atas talian.

Berikutnya adalah carta aliran yang ringkas untuk menerangkan proses permohonan faedah. Carta ini adalah berdasarkan permohonan faedah Elaun Mencari Pekerjaan (EMP).

carta alir mohon SIP

Sekiranya permohonan anda telah DITOLAK, anda berhak untuk membuat rayuan di Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial (JRKS). Borang rayuan boleh didapati di mana-mana pejabat PERKESO.

Waktu Urusan:
8:00 a.m. – 5:00 p.m.
(Isnin – Jumaat)

Khidmat Pelanggan :
1-300-22-8000

kredit : Perkeso

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.