Sinopsis Drama Takdir Yang Tertulis Nazim Othman dan Nad Zainal





Full Episod 1-15 (Akhir). Sinopsis Drama Takdir Yang Tertulis Nazim Othman dan Nad Zainal. Saksikan drama bersiri Takdir Yang Tertulis yang menggantikan drama Bougainvillea yang telah ditayangkan pada 22 Januari 2021 jam 10:00 malam di slot Samarinda TV3 lakonan pelakon hebat seperti Nazim Othman, Nad Zainal, Elvina Mohamad, Alvin Chong, Isaac Iman dan ramai lagi. Drama bersiri ini mempunyai 15 episod.

Sinopsis Drama Takdir Yang Tertulis Nazim Othman dan Nad Zainal


kredit : edtv

Sinopsis Takdir Yang Tertulis. Juweta, seorang wanita yang angkuh dan mementingkan diri. Sikapnya yang dingin bukan sahaja mengundang rasa kurang senang pekerjanya malahan kepada suaminya, Azlan.

Azlan hanya mampu bertahan dengan karenah isterinya itu. Walaupun sikap Juweta seperti itu, namun Juweta tetap seorang ibu yang penyayang kepada anaknya, Mika.

Kehadiran Ruhila, kawan baik Juweta banyak membantu Juweta sebagai pembantu peribadinya. Persahabatan mereka bermula sejak dari zaman kolej bersama dengan Azlan dan Ean.

Bagi Juweta, Ruhila seorang kawan yang boleh diharap dan banyak membantunya termasuk menjaga Mika bila Juweta terlalu sibuk dengan syarikatnya. Sementara Azlan cuba membuktikan dia mampu menggalas tanggungjawab besar dalam satu projek syarikat Juweta.

Namun tindakan Azlan itu mengundang kemarahan Juweta kerana cuba membelakanginya. Azlan mula tak tahan dengan perangai Juweta yang tak berubah sejak perkahwinan mereka. Sehingga Azlan mengambil keputusan yang drastic sehingga mengundang rasa terkejut kepada Juweta.


JUDUL : TAKDIR YANG TERTULIS

EPISOD : 15

TARIKH TAYANGAN : 22 Januari 2021

WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam

SIARAN TV : Slot Samarinda TV3

PENULIS SKRIP : Shahrulezad Mohameddin

PENGARAH : Shahrulezad Mohameddin

PRODUKSI : Radius One

SENARAI PELAKON : Nazim Othman, Nad Zainal, Elvina Mohamad, Alvin Chong, Isaac Iman, Didie Alias, Uchee Fukada, Iman Suhana, Muaz Fitri Maslan, Afidah Bee

WATAK PELAKON

Nazim Othman sebagai Azlan

Nad Zainal sebagai Juweta

Elvina Mohamad sebagai Ruhila

Alvin Chong sebagai Ean

Isaac Iman sebagai Mika

Didie Alias sebagai Che Salmah

Uchee Fukada sebagai Kak Jo

Iman Suhana sebagai Ruzita 

Muaz Fitri Maslan sebagai Hakim

Anda boleh tonton Full Episod Takdir Yang Tertulis di Laman WeTv mahupun Iflix


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.