Malaysia catat 1005 Kematian Covid-19





Malaysia catat 1005 Kematian Covid-19. Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,382 kes (46.1 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 1,092 kes (79.0 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 436 kes (14.5 peratus) dan Negeri Sembilan sebanyak 233 kes (7.8 peratus).

Malaysia catat 1005 Kematian Covid-19


Sebanyak 103 kes (3.4 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan lokap yang membabitkan Kluster Tembok Pengkalan Chepa (48 kes), Kluster Tembok Bendera (22 kes), Kluster Tembok Tapah (12 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (7 kes), Kluster Penjara Sungai Jelok (7 kes), Kluster Tembok Sungai Udang (4 kes), Kluster Penjara Kepayan (1 kes), Kluster Tembok Mempaga (1 kes), dan Kluster Matambai (1 kes).

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan lapan (8) kes di Selangor, empat (4) kes di Sabah, tiga (3) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, masing-masing dua (2) kes di Sarawak dan Perak, serta satu (1) kes di Negeri Sembilan, Kedah, dan Johor. Kesemua kes kematian melibatkan  warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat 13 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan 10 kluster berkaitan tempat kerja, dua (2) kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi, dan satu (1) kluster komuniti.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 17 Februari 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 5,709 kes (229,762 kes kumulatif, 84.4%);
  • Kes baharu : 2,998 kes (272,163 kes kumulatif);
  • Kes import : 7 kes (3 warganegara; 4 bukan warganegara)
  • Kes tempatan : 2,991 kes [1,578 warganegara (52.8%); 1,413 bukan warganegara (47.2%)];
  • Kes aktif : 41,396 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 231 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 115 kes; dan
  • Kes kematian : 22 kes (1,005 kes kumulatif, 0.37%).

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.