Pembedahan Bariatrik atau Pintasan Perut Untuk Kurus









 Pembedahan Bariatrik atau Pintasan Perut Untuk Kurus. Adakah anda sudah berusaha untuk mengurangkan berat badan namun masih tidak menemui jalan keluar. Penyakit yang berpunca dari berat badan berlebihan mula hadir dan anda benar benar mahu melakukan perubahan ? Ini mungkin satu solusi yang boleh dipertimbangkan.

Pembedahan Bariatrik atau Pintasan Perut Untuk Kurus


Pembedahan Bariatrik atau mengecilkan perut  sesuai dijalankan ke atas mereka yang indeks jisim badan (BMI) melebihi 35 dan gagal mendapatkan penurunan badan kekal dan konsisten dengan cara lain.

Pembedahan ini BUKAN sebagai pemebedahan kosmetik ya, fungsi utama pembedahan bariatrik bukan sekadar tampak kurus tetapi lebih kepada pemulihan kesihatan kerana obesiti punca pelbagai penyakit kronik

Apa yang berlaku selepas anda menjalani pembedahan ini? 

Selepas pembedahan, pesakit akan berasa cepat kenyang dan kurang selera makan serta menyebabkan sistem tubuh mengambil tenaga daripada lemak pada badan sebagai ganti kepada makanan yang biasa diambil.

Hasilnya, berat badan akan berkurangan. pesakit akan dapat melihat kesan positif seperti pengurangan berat badan yang ketara, tekanan darah menurun, memulihkan pesakit yang mengalami diabetes tahap 2 serta merendahkan kolesterol.

Selain itu, ia dapat memulihkan masalah pernafasan ketika tidur, pedih ulu hati, memperbaiki pergerakan anggota badan malah menghilangkan sakit teruk pada sendi-sendi tulang akibat berat badan yang berlebihan.

Masalah kitaran haid wanita obes yang tidak teratur sehingga mengganggu kesuburan juga dapat diperbaiki.

Dari  segi psikologi juga semakin bagus kerana ia meningkatkan keyakinan diri dan pengawalan emosi

Pembedahan pintasan perut telah terbukti mampu mengurangkan berat badan sebanyak 60% dalam tempoh 2 tahun. Bukan sahaja penampilan fizikal akan bertambah baik, kebanyakan penyakit metabolik seperti kencing manis, kolesterol dan darah tinggi berjaya dikawal.

kredit : FB Public Health Malaysia

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.