Syarat Pengeluaran i-Sinar Bakal Dimansuhkan





 Syarat Pengeluaran i-Sinar Bakal Dimansuhkan. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang dalam proses memansuhkan syarat kemudahan i-Sinar. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata pemansuhan adalah berikutan nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya KWSP menambahbaik inisiatif itu selepas mengambil kira maklum balas rakyat.

Syarat Pengeluaran i-Sinar Bakal Dimansuhkan


Beliau berkata, ahli KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun boleh membuat pengeluaran daripada simpanan Akaun 1, tertakluk kepada baki yang sedia ada.

Katanya, bagi ahli yang sudah memohon i-Sinar berdasarkan kriteria semasa, permohonan mereka akan diluluskan secara automatik tidak lama lagi.

"Langkah ini diharap dapat membantu ahli KWSP mengharungi cabaran semasa akibat pandemik COVID-19," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

kredit : BeritaHarian

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.