Solat Tarawih, Bazar Ramadan dan Aidilfitri Dibenarkan

Solat Tarawih, Bazar Ramadan dan Aidilfitri Dibenarkan. Sidang Media Perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB/PKPP) 16 Mac 2021. Dato Sri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Pertahanan mengumumkan Solat terawih dibenarkan secara berjemaah di masjid/surau dan jumlah kehadiran jemaah tertakluk kepada Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.

Solat Tarawih, Bazar Ramadan dan Aidilfitri Dibenarkan

Bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri DIBENARKAN BEROPERASI di seluruh negara dengan yang SOP ketat. Layari laman sesawang MKN untuk maklumat lanjut. Akan tetapi Rentas negeri MASIH TIDAK DIBENARKAN kecuali bagi aktiviti pelancongan sahaja melalui konsep green travel bubble menggunakan syarikat dan agen pelancongan yang berdaftar dengan MOTAC.

Negeri dan Wilayah yang BERTUKAR STATUS daripada PKPB kepada PKPP adalah Kedah (Kecuali Kuala Muda dan Kulim PKPB), Seluruh Negeri Perak dan Negeri Sembilan (Kecuali Seremban PKPB) berkuatkuasa 19 Mac sehingga 31 Mac 2021

Negeri dan Wilayah yang DIKEKALKAN status PKPB iaitu Selangor, WP Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang dan Kelantan bermula 19 Mac sehingga 31 Mac 2021 manakala Sarawak bermula 16 Mac sehingga 29 Mac 2021

 Negeri/Wilayah yang berstatus KEKAL PKPP adalah Perlis, Melaka, Pahang, Terengganu, WP Putrajaya, WP Labuan, Sabah (Kecuali Nabawan, PKP) bermula 19 Mac 2021 sehingga 31 Mac 2021.

Rentas daerah DIBENARKAN di seluruh negara kecuali Sabah dan Sarawak 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.