Sinopsis Drama Full Episod Masih Ada Rindu





Sinopsis Drama Full Episod Masih Ada Rindu Farid kamil dan Mimi Lana. Tonton drama terbaru di slot akasia, Drama Masih Ada Rindu yang mula bersiaran mulai Jun 2021 pada setiap isnin hingga ahad jam 7 malam di Tv3. Drama Masih Ada Rindu dibarisi pelakon hebat seperti Farid kamil, Mimi Lana, Halim Radzi, Dayang Areeda, Kuna Muzani, Rahim Jailani, Aleza Shadan, Fahmi Reza, Aishah Ilias, Sri Idrina, Nurulazia dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Full Episod Masih Ada Rindu

Sinopsis Drama Masih Ada Rindu. Pada hari graduasi, HAKIM (Farid Kamil) melamar SYAFIKA (Mimi Lana). Ibu SYAFIKA, ZALEHA (Aleeza Shahdan) tidak bersetuju kerana tidak mahu apa yang berlaku padanya dahulu, berlaku pada anak anaknya pula. Ayahnya SAIFUDDIN (Rahim Jailani) merestui tetapi ZALEHA memutuskan hubungan dengan SYAFIKA. 

Nurul Syafika mendirikan rumahtangga bersama Lukman Hakim walaupun mendapat tentangan daripada ibunya, Zaleha. Namun kebahagian  mereka hanya sekejap, Hakim pergi  meninggalkan Syafika buat selamanya. Tanpa diduga, selepas pemergian Hakim barulah Syafika menyedari dirinya berbadan dua. 

Kelahiran Luqman Adam membuatkan hidup Syafika lebih bermakna. Kegembiraan ini dikongsi bersama ibu dan ayah mertuanya dan Luqman Hadi yang telah jatuh cinta pada adik iparnya itu.

Hadi menyatakan perasaan kepada Syafika. Namun, Syafika masih belum pasti perasaannya sendiri kerana cintanya terhadap Hakim terlalu mendalam. 

Suatu kejadian membuatkan Syafika mula menjarakkan diri dari Hadi.

Ost 'Masih Ada Rindu' tv3 lagu Nada Kalbu - Aina Abdul


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.