Sinopsis Drama Hatimu Sedingin Salju Full Episod





Sinopsis Drama Hatimu Sedingin Salju Full Episod. Jangan lupa saksikan drama Akasia terbaru, Hatimu Sedingin Salju setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 7 malam hanya di TV3 lakonan Hisyam Hamid, Aprena Manrose, Hafeez Mikail, Bella Dowanna dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Hatimu Sedingin Salju Full Episod

kredit gambar : EDtv

Sinopsis Drama Hatimu Sedingin Salju. Arman tidak pernah memikirkan soal cinta kerana mementingkan urusan perniagaan diwarisi daripada ayahnya, Datuk Jamal sekaligus membuatkan ibu bapanya resah berikutan umurnya yang semakin meningkat. 

Suatu hari, adik Arman, Nabil mendesak Arman menemaninya bercuti ke sebuah pusat peranginan di Langkawi untuk menyambut hari jadinya. Seperti biasa Arman menolak tetapi selepas kalah dalam pertaruhan dengan Nabil, Arman terpaksa mengikut Nabil dengan syarat tidak lebih dua hari.

Arman bertolak ke pusat peranginan tersebut bersama Nabil tanpa mengetahui muslihat Nabil dan ibu bapanya untuk menemukan Arman dan calon isterinya, Rania yang juga rakan baik kepada ibu bapa Arman yang bercuti di tempat yang sama. 

Tanpa Nabil ketahui bahawa Rania sebenarnya adalah gadis yang pernah mencuri hati Arman suatu ketika dahulu. Arman terpaksa melepaskan Rania kerana mahu memberi peluang kepada kawan baiknya Haikal yang sangat menyintai Rania.

Perasaannya dipendam sehingga menyebabkan Arman berputus asa untuk bercinta lagi. Adakah cinta Arman dan Rania akan bersatu?

Jangan lupa saksikan Drama Hatimu Sedingin Salju, setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam hanya di TV3.



HATIMU SEDINGIN SALJU
MULAI 24 JUN 2021 (28 Eps)
SETIAP ISNIN – JUMAAT
7.00PM (SLOT AKASIA TV3) / 8.00PM (APLIKASI IQIYI)
Terbitan : OrangeTree Production Sdn Bhd
Arahan : Bahri Uma

Pelakon
Hisyam Hamid sebagai Arman
Aprena Manrose sebagai Rania
Hafeez Mikail sebagai Nabil
Fadlan Hazim sebagai Haikal
Bella Dowanna sebagai Syena
Mustapha Kamal sebagai Dato Jamal
Zila Bakarin sebagai Puan Noraini
Maria Farida sebagai Datin Mimi
Rahim Jailani sebagai Mahfuz
Scha Elinnea sebagai Melissa
Aleza Shadan sebagai Datin Afifah
Acong Sweetchild sebagai Hisham

Tonton drama ini secara PERCUMA dan EKSKLUSIF di aplikasi #iQiyi atau di https://www.iQ.com/local

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.