Senarai Penuh Menteri Kabinet Malaysia 2021





Senarai Penuh Menteri Kabinet Malaysia 2021. Sebentar tadi telah berlangsungnya pengumuman senarai penuh menteri kaabinet oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob. Akhirnya terjawab sudah senarai penuh menteri kabinet yang selama ini menjadi persoalan dan tanda tanya rakyat yang menanti siapakah yang bakal dilantik sebagai menteri kabinet baru.

Senarai Penuh Menteri Kabinet Malaysia 2021

Semoga dengan perlantikan baru jemaah menteri di Malaysia ini dapat berkhidmat dengan baik dan amanah membantu menaikkan Malaysia dan seterusnya menurunkan kes covid19 di Malaysia. Semoga dipermudahkan semuanya. Berikut merupakan senarai penuh menteri kabinet.

πŸ”· Menteri Kanan - Menteri Pertahanan Hishammuddin Tun Hussein
πŸ”· Menteri Kanan – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohammed Azmin Ali
πŸ”· Menteri Kewangan - Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
πŸ”· Menteri Kanan - Menteri Pendidikan Dr Md Radzi Jidin
πŸ”· Menteri Kanan - Menteri Kerja Raya Fadillah Yusof
πŸ”· Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) - Dr Maximus Johnity Ongkili 
πŸ”· Menteri Alam Sekitar - Tuan Ibrahim Tuan Man
πŸ”· Menteri Pengangkutan - Wee Ka Siong
πŸ”· Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) - Mustapa Mohamed
πŸ”· Menteri Kesihatan - Khairy Jamaluddin
πŸ”· Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Rina Mohd Harun
πŸ”· Menteri Wilayah Persekutuan - Shahidan Kassim
πŸ”· Menteri Pengajian Tinggi - Dr Noraini Ahmad
πŸ”· Menteri Tenaga dan Sumber Asli - Takiyuddin Hassan
πŸ”· Menteri Pertanian dan Industri Makanan - Dr Ronald Kiandee
πŸ”· Menteri Luar - Saifuddin Abdullah
πŸ”· Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Reezal Merican 
πŸ”· Menteri Komunikasi dan Multimedia -  Annuar Musa
πŸ”· Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Alexander Nanta Linggi
πŸ”· Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Dr Adham Baba
πŸ”· Menteri Belia dan Sukan - Ahmad Faizal Azumu
πŸ”· Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi - Zuraidah Kamaruddin
πŸ”· Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Noh Omar
πŸ”· Menteri Dalam Negeri - Hamzah Zainuddin
πŸ”· Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan - Nancy Shukri
πŸ”· Menteri Sumber Manusia - M. Saravanan
πŸ”· Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Idris Ahmad
πŸ”· Menteri Perpaduan Negara - Halimah Mohamed Sadique
πŸ”· Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) - Wan Junaidi Tuanku Jaafar
πŸ”· Menteri Di Jabatan Perdana Menteri  (Tugas-Tugas Khas) - Dr Abdul Latiff Ahmad
πŸ”· Menteri Pembangunan Luar Bandar - Mahdzir Khalid

kredit : BERNAMA


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.