Sinopsis Drama Hello Jangan Tapau Cintaku Full Episod





Tonton Sinopsis Drama Hello Jangan Tapau Cintaku Full Episod. Drama hello jangan tapau cintaku mula bersiaran di slot lestary bermula 4 ogos jam 9 malam di TV3 lakonan Nafiz Muaz, Elisya Sandha, Syerinie Myra, Eyka Farhana, Lisdawati, Azri Iskandar, adaptasi novel karya Hasreeyati Ramli. Menarik untuk ditonton bersama. 

Sinopsis Drama Hello Jangan Tapau Cintaku Full Episod


Sinopsis Drama Hello Jangan Tapau Cintaku. Mengisahkan tentang seorangg gadis kampung, Ain Dheya, yang datang bekerja di bandar. Memandangkan keluarganya susah, dia amat penjimat orangnya dan sifat yang paling tidak dapat dikikis ialah sifat tapau. 

Ash Fayyad, seorang anak hartawan yang pemboros, suka menyakitkan hati orang di sekelilingnya dan sombong.

Kisah mereka bermula apabila Ash Fayyad menawarkan wang bernilai RM50,000 kepada sesiapa sahaja yang sanggup menjaga adik perempuannya yang berkerusi roda. Ain Dheya yang terdesak memerlukan duit untuk membayar hutang sewa tanah orang tuanya menerima tawaran tersebut.

Bermacam-macam peristiwa yang terjadi selama Ain Dheya berada di rumah Ash Fayyad. Hinggakan huru-hara jadinya satu rumah itu. Berputikkah cinta yang tak masuk dek akal antara Ain Dheya dan Ash Fayyad nanti?


WATAK PELAKON 
Nafiz Muaz sebagai Ash Fayyad
Elisya Sandha sebagai Ain Dheya
Syerinie Myra sebagai Alia
Eyka Farhana sebagai Ann Dayana
Lisdawati sebagai Mak Jah
Azri Iskandar sebagai Pak Long Asmadi
Amyza Aznan sebagai Mak Long Midah
Dynas Mokhtar sebagai Puan Anisa
Sefik Khair sebagai Hakim
Cahaya Nilam sebagai Masniza
Mak Wan sebagai Mak Ros
Badrul Muhayat sebagai Tuan Daren 
Mieza Edora sebagai Aira
Natasha Hamzah sebagai Kak Ida
Ikhwan Khairudin sebagai Riz

Tonton secara PERCUMA dan EKSKLUSIF di aplikasi #iQiyi atau di https://www.iQ.com/local

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.