Full Episod Drama Sihir Astro Ria





Sinopsis Full Episod Drama Sihir Astro Ria. Sihir ialah sebuah siri drama televisyen seram Malaysia 2021 arahan bersama Michael Ang, dan Azmir Affendi, dibintangi oleh Kamal Adli, Hun Haqeem,  Zarul Husin @ifarahahmad @sharifahshahora @dilla_ahmad7 @makwanju @kidkylo @faha.azhar dan ramai lagi. [1] Drama ini memulakan tayangan di Astro Ria bermula 1 November 2021 menggantikan Malaysian Ghost Stories. 

Full Episod Drama Sihir Astro Ria


Sinopsis Full Episod Drama Sihir Astro Ria. Menceritakan tentang pasangan kembar bernama Nuh dan Hud yang mempunyai kelebihan deria keenam dan cuba menyelesaikan kes-kes berkaitan dengan sihir yang mengganggu orang di sekeliling mereka.

Nuh mempunyai kebolehan untuk melihat masa depan menerusi mimpi manakala Hud pula memiliki hijab yang membolehkannya melihat perkara yang ghaib dan mistik.

Mereka sering mendapat alamat daripada mimpi atau dengan melihat bayangan sebagai petunjuk kepada sesuatu perkara.

Kembar ini dibelanggu persoalan untuk menjejaki asal usul mereka dan sepanjang perjalanan itu Nuh dan Hud dipertemukan dengan insan yang merana kerana sihir dan orang-orang yang mengamalkan ilmu sihir.

Setiap kali mereka membantu, mereka sering merasakan semakin dekat dengan jawapan yang mereka cari.

Satu persatu petunjuk dirungkai yang akhirnya membawa Nuh dan Hud untuk mengenali siapa diri mereka yang sebenarnya.

drama sihir - kredit gambar Sherry Alauddin

Pelakon : 

Kamal Adli sebagai Nuh

Hun Haqeem sebagai Hud

Zarul Husin sebagai Ustaz Ayub

Sharifah Shahora sebagai Sahara

Farah Ahmad sebagai Juanita

Zarynn Min sebagai Cik Hilyah

Wan Ellyas sebagai Wan

Fiza Thomas sebagai Salina

Dr. Katalina sebagai Mila

Mak Wan sebagai Cik Munah

Dilla Ahmad sebagai Salmah

Nabil Aqil sebagai Ben

Yuna Rahim sebagai Mastura

nota kaki : sejujurnya drama seram ni menarik untuk ditonton 8/10 seram cuma ending macam tergantung takpasti ada sambungan siri kedua atau tidak...

Anda boleh tonton di Youtube Astro Gempak


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.