Fakta Kebaikan Senaman Aerobik





Senam Aerobik
Senaman Aerobik

suatu ketika dulu, senaman aerobik begitu digilai kanak-kanak dan wanita kerana tidak terlalu berat, sebalinya menghiburkan apatah lagi ia dilakukan bersama iringan muzik berentak rancak. Ia diminati ramai wanita kerana memberikan kesan begitu memberangsangkan, samada dari segi kesihatan mahupun kecantikan khususnya penjagaan bentuk tubuh.

Fakta Kebaikan Senaman Aerobik

1. Membantu memperluaskan paru-paru dan meningkatkan stamina serta kekuatan otot.
2. Menjaga jantung dan paru-paru supaya dapat bekerja dengan baik.
3. Meningkatkan koordinasi penting untuk gaya hidup sihat.
4. Kaedah bagus membentuk tubuh.
5. Membakar kalori dan menurunkan berat badan.
6. Membantu meningkatkan kepadatan tulang dan membantu mengurangkan risiko osteoporosis.
7. Peluang bertemu dan berkenalan dengan teman baru.
8. Meningkatkan semangat dan endorfin, segaligus menimbulkan perasaan senang hati dan mengurangkan rinsiko kemurungan.
9. Membuatkan fikiran tenteram dan aktif
10. Meningkatkan dan membantu merangsang memori dengan mengingati semua langkah.
11. Membantu masalah tidur.
12. Meningkatkan kesejahteraan secara keseluruhan.

sumber : Bharian 20hb Mei 13

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.