Sejarah Hentian Puduraya









Perasmian Puduraya
Perasmian Puduraya

Sejarah Hentian Puduraya

Sejarah Pusat Transformasi Bandar Kuala Lumpur atau UTC KL

Hentian Puduraya merupakan terminal bas di Kuala Lumpur, Malaysia. Hentian ini dibuka pada 1976 oleh Perdana Menteri ketika itu Tun Hussein Onn. Stesen bas ini digunakan oleh bas ekspres untuk perkhidmatan bagi seluruh Semenanjung Malaysia, termasuk Negara Thai dan Singapura. Puduraya adalah paling sibuk semasa cuti awam dan musim perayaan.

Hentian Puduraya yang dahulunya digunakan sebagai landasan keretapi dibina di kawasan 3 ekar dan terletak 3.5 meter di bawah Jalan Pudu. Di sini terdapat 24 ruang tempat letak bas yang lebarnya 3.8 meter dan boleh memuatkan sebanyak 40 buah bas. Hentian yang merupakan pintu masuk utara dari tenggara ke pusat Kuala Lumpur ini dibina dengan tujuan untuk menyediakan lebih banyak tempat-tempat berniaga bagi peniaga bumiputera tanpa merebut peluang orang lain. Ia juga merupakan langkah positif UDA dalam mencapai objektif kerajaan untuk memenuhi Dasar Ekonomi Baru. Selain daripada itu ia juga dibina untuk mengatasi kesesakan lalu lintas dan menambahkan keselesaan pemandangan dan menyusun semula masyarakat Wilayah Persekutuan.

Pusat Transformasi Bandar Kuala Lumpur atau UTC KL

Mulai 27 Ogos 2011, Pudu Raya telahpun bertukar menjadi Pudu Sentral. Pada 22 September 2012 Perdana Menteri sekali lagi mengumumkan Pudu Sentral dikenali sebagai Pusat Transformasi Bandar Kuala Lumpur atau UTC KL.
Pengendali Hentian Puduraya ialah UDA Holdings Berhad, iaitu sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan Malaysia.

UTC KL
UTC KL

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.