Lawak Motorsikal Harley









abgferoz
abgferoz

Lawak Motorsikal Harley

di sebatang jalanraya, aku sedang drive kreta mcm biasa. tetiba ada sorang mamat moto naik moto besa memotong dgn laju smbil menjerit kat aku

“bro..bro.. pernah naik moto harley tak?” pastu mamat moto tu pun memecut dengan lajunya

aku: ek eleh.. baru naik moto harley dah kecoh! hampeh punya olang. kau tgk sapa pulak yang bawak kelisa nih..

aku pun memecut dan berjaya memotong mamat moto tadi.. hati girang tak terkata. tapi sekejap je.. mamat moto tadi berjaya memotong semula.. sambil menjerit:

“bro..bro.. pernah naik moto harley tak?”

disebabkan tak puas hati.. aku jerit kat mamat tu:

“lu pehal? berlagak je lebih.. eksiden baru padan muka!”

mamat moto tadi tak peduli pun.. memecut laju meninggalkan aku makan asap.. cis!

sampai satu simpang.. aku tgk ada eksiden.. so turun la utk tolong.. rupa2nya mamat moto naik harley tadi yang eksiden.. aku cuba membantu.. mamat yg dalam kesakitan tu tetiba bertanya lagi:

“bro.. penah naik moto harley tak?

aku: eh mangkuk.. eksiden n sakit2 camni pun nak berlagak lagi ke.. lu ada apa2 masalah ke dengan gua?

mamat moto: adeh.. iye la.. saya tanya.. pernah naik moto harley tak? so boleh la bagitau saya mana letaknya brek moto nih..

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.