Medan Selera Puduraya MAHAL









lauk paukMedan Selera Puduraya MAHAL

bukan niat nak komplain sangat tapi bila dah ramai yang terkena terasa nak tulis entry ni.. sebelum minyak naik 20sen pun dah mahal tapi hari ni aku sendiri terkena dengan tokey kedai yang selalu aku singgah makan dikedainya..

sebelum ni kawan pejabat ada makan kat satu gerai di Medan Selera Puduraya bila time bayar dia caj 1 sudu kuah rm1 perghhh terkejut gak dia.. siap bebel kat tokey kedai tuh.. sampai kesudah kitaorg tak makan situ..

hari ni aku terkena betoi bila nasi + ayam goreng + teh ais = RM8.00 dan bila buat muke tercengang tokey dia tolak 0.50sen ja jadi harganya RM7.50 perghh biar betoi.. takkan laa.. terang lagi bersuluh harga di kedainya

Nasi = RM1.50
Ayam = RM3.50
Teh Ais = ?
Total = RM8.00

takkan la teh ais sampai RM3 ? nampak tak ? so lepas ni aku kena pikir 14 kali sebelum makan kat kedai kau lagi.. puihhh..

kepada sesiapa yang nak singgah makan di Medan Selera Puduraya pastikan anda semak harga or bertanya dahulu sebelum makan dan untuk lebih selamat boleh order makanan seperti nasi goreng kampung or nasi pataya dari ambik nasi berlauk..

p/s… tak semua kedai makanan di sini yang jual mahal.. ada juga yang jual harga biasa²..

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.