Malaysia Juara Pesta Bola Merdeka





Malaysia Juara Pesta Bola Merdeka

Akhirnya Harimau Malaya berjaya menghadiahkan hadiah paling bermakna untuk rakyat Malaysia sempena Hari Malaysia 16 Sept (esok) kepada seluruh rakyat Malaysia bila berjaya merangkul gelaran Juara Pesta Bola Merdeka apabila mengalahkan Myanmar dengan 2 – 0 malam tadi.

kerjasama pasukan yang ditunjukkan malam tadi begitu baik sehinggakan pasukan Myanmar terpaksa berhempas pulas menyerang gol Malaysia tapi apakan daya Harimau Malaya lebih menunjuk belangnya pada malam tadi..

pesta bola merdeka

kerja tidak menghalang kami untuk menyokong pasukan Harimau Muda.. heee.. tengok skrin besor kat tempat kerja..

MALAYSIA yang diwakili Reuben Thayaparan, MD Fadhli Mohd Shas, Mohd Irfan Fazail(C), Thamil Arasu Ambumamee, Wan Zack Haikal Wan Nor, MD Rozaimi Ab Rahman, Putera Nadher Amarhan, Mohd Zubir Mohd Azmi, Nik Mohd Shahrul Azim, Mohd Izham Tarmizi(GK), Syahrul Azwari Ibrahim.

TAHNIAH HARIMAU MUDA dan SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.