Resepi Ayam Masak Merah





resepi ayam masak merah

resepi ayam masak merah

mungkin ramai yang tertanya² sejak bila blog jiwarosak ni buat resepi untuk menu masakan.. sebenarnya blog ini dalam proses untuk bertukar entry dengan blog masakan untuk saling promosi sambil bertukar pelawat.. bukan hanya untuk kami tapi untuk pelawat agar lebih banyak info dan maklumat dapat dikongsikan bersama..

dan resepi yang terpilih untuk kali ini adalah resepi ayam masak merah yang merupakan resepi paling hangat di blog delimazamrud.my

Bahan Resepi Ayam Masak Merah

1 kg ayam (dibersihkan dan digoreng setengah masak)
1 biji bawang besar (dimayang bulat)
4 biji cili api (untuk hiasan)
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
4 biji bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 batang serai (dititik)
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 keping asam keping
1 biji tomato (dibelah 4)
1 mangkuk air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak tuk menumis (aku guna minyak goreng ayam)

bahan ayam masak merahbahan ayam masak merah

1 biji bawang besar
1 biji bawang putih
2 batang serai
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
20 biji cili kering (direbus)
Sedikit air
( semua bahan dikisar halus seperti dalam gambar)

Cara² Nak Masak Ayam Masak Merah

Panas kan minyak dan masukkan bunga lawang,bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga masak sampai naik bau, pastu aku angkatkan supaya rasa dia xterlalu kuat nnt. Kemudian masukkan bahan kisar dan 1 mangkuk air masakkan sampai naik minyak dan agak keing serta cili betul2 masak.

Bila bahan kisar dah betul2 masak masukkan gula,garam,sos cili,sos tomato,asam keping dan juga serai yg dititik, kacau rata dan sesuai kan rasa nyer ok..

Biler semua rasa dah ok dan secukup rasa (ikut citarasa korang lah ek) masukkan ayam, cili api (kalau ade kacang peas lg best), bawang mayang dan tomato kacau rata dan biarkan sekejap. Bila semua bahan dah disaluti tutup api dan siap tuk dihidangkan..

sekiranya masih tak dapat tangkap macam mana nak masak anda boleh singgah di website masakan delimazamrud.my

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.