Tips Cara Mengajak Suami Solat





Suami Isteri
Suami Isteri

Tips Cara Mengajak Suami Solat

Ketika kita mahu mengajak atau menyuruh suami solat, gunakan skrip kata-kata yang lembut dan suka didengar beliau. Elakkan daripada menggunakan skrip kata-kata yang menekan-nekan, menyuruh-nyuruh, mengajar-ajar atau memaksa.

Contoh:
“Abang, cepatlah solat! Sudah pukul berapa ini masih belum solat.” (Salah)
“Abang, tengok jam sudah pukul berapa. Solatlah cepat.” (Salah)
“Abang ini asyik menghadap komputer sahaja. Bila nak solat.” (Salah)
“Abang ini kalau solat selalu lambat-lambat. Tapi, kalau makan laju saja.” (Salah)

Sebaliknya, gunakan ucapan seperti ini;

“Abang, mari bangun solat Subuh. Saya mahu masuk syurga bersama abang.” (Betul)
“Abang, saya mahu kekal menjadi makmum abang sehingga ke syurga. Mari kita solat bersama.” (Betul)
“Abang, saya suka mendengar bacaan abang dan berimamkan abang ketika solat. Saya dapat merasakan ketenangan yang luar biasa setiap kali solat dibelakang abang.” (Betul)

p/s… lelaki punya egonya yang tersendiri sekiranya tidak diguna cara yang betul permintaan anda mungkin akan ditolak mentah-mentah..

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.