Harga dan Tarif Baru Elektrik 2014





logo TNB
logo TNB

Harga dan Tarif Baru Elektrik 2014 – Pelanggan yang dihormati, Berkuatkuasa 1 Januari 2014, tarif elektrik baru akan dilaksanakan sejajar dengan langkah Kerajaan melalui Program Rasionalisasi Subsidi. Berikut adalah fakta penting mengenai tarif baharu elektrik :

– 70.7 % ( 4.6 juta ) pelanggan domestik tidak terjejas
– TIADA KENAIKAN TARIF untuk penggunaan bulanan 200kWj pertama – sejak 1997
– TIADA KENAIKAN TARIF untuk penggunaan bulanan daripada 201kWj untuk 300kWj – sejak 2009
– Rebat daripada kerajaan untuk pelanggan dengan bil bulanan sebanyak RM20 atau ke bawah masih dikekalkan
– Jalur Tarif telah dikurangkan kepada 5 jalur kepada 9 jalur untuk pemahaman bil yang lebih baik

Metodologi penetapan tarif baharu elektrik adalah berdasarkan kepada rangka kerja kawal selia ekonomi dipanggil Kawalselia Berdasarkan Insentif (IBR – Incentive Based Regulation). Diperkenalkan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk meningkatkan kecekapan operasi dan ketelusan ke arah mengekalkan bekalan elektrik yang berdaya harap dan mampan.

Semakan semula tarif elektrik adalah keperluan bagi membolehkan TNB untuk memenuhi kenaikan kos bekalan, pelaburan semula dalam peralatan yang usang dan terus membuat penambahbaikan dalam menyediakan bekalan elektrik yang berdaya harap dan berkualiti.

Antara beberapa ciri-ciri utama tarif baharu elektrik adalah seperti berikut:

Untuk Pelanggan Domestik :

– Tarif akan kekal pada 21.8 sen / kWj untuk 200kWj penggunaan elektrik pertama sebulan – Ini merupakan hampir 50.4 % (atau 3.25 juta ) daripada semua pengguna domestik yang membayar RM43.60 atau kurang setiap bulan.
– Sebanyak 20.3% atau 1.3 juta pelanggan yang termasuk dalam jalur penggunaan dari 201kWj ke 300kWj tidak akan mengalami sebarang kenaikan sebanyak RM 33.40 sen / kWj
– Secara purata, pengguna domestik akan mengalami kenaikan sebanyak 10.6% (3.03 sen/kWj)

Untuk Pelanggan Komersial:

– Purata perubahan tarif adalah 6.91 sen / kWj
– Diskaun 10% untuk rumah-rumah kebajikan, sekolah-sekolah kerajaan, institusi pengajian tinggi kerajaan dan tempat-tempat ibadat dikekalkan.
– Hospital pengajian universiti yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan (USM, UKM & UM) juga akan menikmati diskaun 10%

Untuk Pengguna Perindustrian

– Tarif Perindustrian Khas bagi operator air dan kumbahan akan diberi secara otomatik .

Seiring pelaksanaan IBR, Kerajaan juga akan memperkenalkan makanisma Pelepasan Kos Ketidakseimbangan (ICPT) untuk sektor tenaga. Di bawah ICPT, kos bahan api akan disemak setiap enam (6) bulan dan sebarang perubahan (kenaikan atau penurunan) dalam kos bahan api disebabkan oleh turun naiknya harga bahan api (iaitu gas, LNG, arang batu dan bahanapi alternatif) akan disalurkan di dalam tarif pengguna.

Bagi membantu orang ramai menjadi pengguna elektrik yang berhemah, TNB akan meneruskan Kempen Kecekapan Tenaga.

Maklumat terperinci boleh didapati di www.tnb.com.my atau dengan menghubungi talian perkhidmatan TNB di 1300-88-5454 yang beroperasi dari 8.00 pagi hingga 11.00 malam.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.