Tutorial Masukkan Video Youtube dalam Blog





Youtube
Youtube

Tutorial Masukkan Video Youtube dalam Blog – menjadi blogger tak semudah yang disangka.. kadang-kadang kita buntu apa yang perlu dikongsikan dengan pembaca dan ini dapat membantu anda untuk mengisi blog anda sekiranya tiada idea untuk dikongsikan. video menarik, ceramah agama, info kesihatan yang mana boleh diperolehi dari youtube.

Tutorial Masukkan Video Youtube dalam Blog apa yang perlu anda lakukan adalah buat seperti ingin post entry biasa. login to blogger.com –> klik New Post dan masukkan tajuk dan entry anda seperti biasa.

Pergi ke Youtube.Com dan cari video yang anda ingin masukkan.

klik kanan pada video yang anda pilih dan klik Copy Embed HTML

Tutorial Youtube On Blog
Tutorial Youtube On Blog

dan bila dah siap entry anda klik pada Compose HTML dan paste code yang telah anda copy di youtube tadi.

sekiranya anda ingin ketengahkan video itu anda cuma perlu tambah <center> sebelum code youtube dan </center> selepas code youtube

sekiranya anda ingin ubah saiz video anda cuma perlu tukar pada width=”640″ height=”360″ dan publish entry anda maka keluarlah video youtube dalam blog anda..

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.