14 Makanan Berkhasiat Baik untuk Badan





buah kiwi
buah kiwi

14 Makanan Berkhasiat Baik untuk Badan – Mempunyai bentuk badan yang cantik dan menarik bukan sahaja bergantung kepada senaman dan sukan yang anda lakukan tetapi pemakanan juga perlu dititik beratkan.

Antara makanan yang mempunyai banyak manfaat kepada badan adalah :

1. Minyak Zaitun
– minyak zaitun baik digunakan untuk mengganti minyak dalam masakan. Minyak zaitun mengandungi lemak menyihatkan (lemak baik/HDL) yang bermanfaat untuk memberikan rasa kenyang dan mengelakkan nafsu makan yang kuat. Selain itu, ia juga bermanfaat sebagaiantikeradangan dan antioksidan yang baik untuk tubuh.

2. Keju
– keju berasal daripada susu yang dapat membantu menurunkan berat badan jika diambil secara teratur dan tidak berlebihan. Susu yang terdapat dalam keju mengandungi asid linoleat yang membantu membakar lemak.

3. Epal
– epal adalah antara buah yang banyak mengandungi serat sekitar empat hingga lima gram setiap biji. Pelbagai jenis epal yang ada di sekitar kita. Oleh itu, pilih epal yang mengandungi banyak serat dan air yang memberikan rasa kenyang serta antioksidan untuk menjaga kestabilan metabolisme.

4. Tomato
– Setiap kali anda mengunyah makanan, secara automatik tubuh akan menlepaskan hormon cholecystokinin (CCK) yang berfungsi untuk memperketat kantung perut dan usus supaya berasa cepat kenyang. Tomato mengandungi oligofruktos iaitu serat yang dapat menjaga dan mempertahankan tubuh daripada hormon CCK di perut anda dan senyawa likopene yang dapat melindungi kulit daripada terbakar oleh sinar matahari serta mengurangkan risiko kanser.

5. Cuka
– Cuka juga sering digunakan sebagai perasa tambahan dalam masakan atau makanan. Ia dapat memberikan rasa puas dan kenyang, namun anda tidak boleh mengambilnya secara berlebihan dan perlu mengikut kadar ditetapkan.

6. Salmon
– Salmon amat baik untuk kesihatan dan diet kerana mengandungi banyak vitamin rendah lemak dan mampu menjaga kesihatan jantung serta mengecilkan pinggang atau perut. Lemak omega-3 yang ada pada ikan salmon ini dapat meningkatkan insulin yang membantu perkembangan otot dan menurunkan lemak dibahagian perut.

7. Yogurt
– Yogurt boleh dijadikan sebagai makanan diet yang sempurna kerana mengandungi karbohidrat, protein dan lemak yang membantu mengurangkan rasa lapar dan membantu kawalan gula darah ke paras normal.

8. Badam
– Badam adalah makanan ringan terbaik yang dapat memberikan rasa kenyang dan membantu menjaga kadar gula darah supaya stabil.

9. Buah Pir
– Buah pir memiliki jumlah serat sekitar 5.5 gram, bergantung kepada saiz buah berkenaan. pengambilan buah ini menjadikan anda berasa kenyang dalam tempoh yang lama. lebih baik sekiranya dicampur bersama salad atau pencuci mulut selepas makan.

10. Kulit kayu manis
– Kayu manis adalah kelompok rempah yang memiliki banyak manfaat untuk kesihatan tubuh. Pengambilan setengah sudu teh kulit kayu manis setiap hari dapat membantu mengawal gula dalam darah dan mengendalikan insulin serta mengelakkan tubuh menyimpan lemak.

11. Kacang hitam
– Kacang adalah makanan baik untuk mengelakkan kegemukan kerana mengandungi kombinasi ideal iaitu serat larut dan tidak larut, lemak, protein dan karbohidrat pembakar lemak.

12. Kopi
– Pengambilan kafein mengikut kadar ditetapkan akan membantu membakar lemak dalam tubuh. Kafein dalam kopi dapat meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh seterusnya menurunkan berat badan. Kesan kafein dapat bertahan sehingga empat jam dan membakar kalori sebanyak 30-50kcal sehari.

13. Telur
– Telur boleh membantu menurunkan berat badan kerana mengandungi banyak protein dan rendah kalori. Mengambil telur menjadikan perut kita berasa kenyang dalam tempoh beberapa jam.

14. Bawang putih
– Makanan yang dilengkapi dengan bawang putih dapat membantu mengawal kegemukan. Rasa dan aroma bawang putih yang kuat membuat makanan lebih sedap dan rasa kenyang dengan cepat.

Sumber : HarianMetro 6/2/14

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.