Rawatan Penyakit Gout





kiwi
buah buahan

Diet Rendah Purine (Untuk Rawatan Penyakit Gout)

Diet ini mungkin boleh menolong mengurangkan pengumpulan asid urik dari sumber makanan. Namun begitu badan kita sendiri akan menghasilkan asid urik daripada metabolisme yang berlaku setiap hari. Asid urik terbentuk hasil daripada metabolisme purine. Pengumpulan asid urik boleh menyebabkan terjadinya batu karang dan gout.

KANDUNGAN PURINE

TINGGI
– Ikan bilis
– Organ dalaman seperti otak, jantung, hati, pankreas, ginjal
– Angsa
– Ekstrak daging
– Kepah
– Sardin dan makerel dalam tin
– Telur ikan
– Arak (alkohol)

Makanan dalam senarai ini perlu dielakkan

SEDERHANA
– Ikan
– Ayam Itik
– Daging
– Kerang
– Sayur-sayuran
– Asparagus
– Kekacang kering
– Dhal
– Cendawan
– Kacang peas kering
– Bayam

Pengambilan sederhana disarankan mengikut keperluan.
Cth : 2 kali sehari
1 peha ayam kecil
1 ekor ikan selar
2 kotak mancis daging
1/2 cawan sayur

RENDAH
– Bijirin dan hasil bijirin seperti roti, nasi, mee hoon
– Semua jenis minyak dan lemak seperti minyak kelapa sawit, soya, jagung, bijan (pengambilan berlebihan akan meningkatkan berat badan)
– Telur
– Susu dan hasil tenusu
– Sayur (selain daripada kumpulan sederhana)
– Semua jenis buah
– Semua jenis minuman seperti teh, kopi, coklat.

Makanan dalam kumpulan ini boleh dimakan setiap hari.

NOTA :
1. Makanan yang bergoreng dan berlemak tinggi perlu dielakkan kerana ia boleh menghalang pembuangan asid urik.
2. Makanan berkarbohidrat (seperti buah, sayur, roti dan bijirin) meningkatkan pembuangan asid urik.
3. Pengambilan air yang banyak digalakkan. Ia dapat menolong menyingkirkan asid urik.

SUMBER : Jabatan Sajian dan Dietetik HKL

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.