Kejohanan Futsal 1Malaysia Peringkat Negeri





Kejohanan Futsal 1Malaysia

Sabtu lepas telah berlangsungnya kejohanan futsal 1Malaysia Peringkat Negeri yang telah dilangsungkan di Taman Tasik Permaisuri sempena Karnival Fiesta Belia 1Malaysia.

pagi telah berlangsungnya perlawanan antara pasukan lelaki yang mana pertandingan rancak dan bersemangat telah ditunjukkan oleh semua pasukan yang bertanding bagi merebut gelaran juara futsal KL dan sebelah petangnya berlangsung pula perlawanan antara pasukan wanita.

setelah 4 game berlangsung hujan turun dengan lebatnya maka para pengadil bersetuju sekiranya hujan tidak berhenti dalam masa sejam maka keputusan penalti akan diadakan bagi memilih juara.

walaupun telah termaktub dalam peraturan masih ada yang membantah.. tapi setelah diterangkan akhirnya mereka bersetuju.. tak sampai sejam hujan berhenti dan perlawanan futsal bermula semula dan pelbagai aksi yang dapat kita saksikan dari game futsal perempuan.

tertarik dengan game futsal perempuan aku gelak sakan dengan urusetia yang lain. ada yang menarik tudung, ada yang bergaduh sama sendiri, ada yang touching, ada pula yang pkai baju coach dan ada juga kasut terbang sampai 3 kali.. hik hik hik..

dari awal game sampai akhir game gelak je kerja kitaorang.. hahaha.. memang menghiburkan walaupun letih.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.