Kuala Lumpur Banjir Teruk





banjir

Petang tadi sementara menanti jam punch card cecah pukul 5ptg hujan telah turun dengan lebatnya sehinggakan beberapa jalan di kuala lumpur ditenggelami air..

sewaktu dalam perjalanan untuk pulang ke rumah terpaksa mengelak dari beberapa jalan yang menghala ke rumah iaitu jalan maluri, jalan peel, jalan cochrane kerana telah ditelenggami banjir sehingga kereta terpaksa berhenti tepi bagi memberi laluan kereta besar lalu..

gambar diatas dihantar oleh jiran yang sedang shopping di jaya jusco maluri yang dimaklumkan bahawa keretanya sedang ditelengami air. Waktu berborak dalam telefon jiran berkata selepas berenang untuk ke kereta akhirnya beliau berjaya selamatkan kereta barunya .. kah kah kah.. amboihh sampai berenang gitu..

setelah bersusah payah mengelak beberapa jalan banjir dan sesak akhirnya 15minit yang diperlukan untuk sampai kerumah telah mengambil masa sejam setengah untuk sampai kerumah.. alhamdulillah selamat sampai rumah walaupun cermin tepi dilanggar oleh TEKSI mangkuk ayun yang tak reti bersabar.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.