Kalau dah tertulis sakit perut





kartun doktor
kartun doktor

setiap hari sabtu malam ahad ada pasar malam berdekatan rumah ku dan setiap kali ada pasar malam mesti aku akan keluar untuk mencari makan walaupun hanya keropok lekor. dah menjadi tabiat.. walaupun kadang-kadang tak beli apa pun..

sebelum keluar ke pasar malam dapat calling dari member sekolah lama menyatakan bahawa dia sudah berada dekat dengan pasar malam rumahku dan mengajak aku ke pasar malam.. heee macam tau-tau je dah nak keluar ke pasar malam.

bila pusing-pusing mencari makanan nampak makanan kegemaran koey tiaw goreng tapi dah habis baru nak masak semula.. sedang peniaga memasukkan bahan masakan untuk memesak koey tiaw jatuh seekor binatang kecil yang suka hinggap di lampu tak sempat menegur peniaga tersebut telah menggaulkan bahan koey tiaw tersebut..

elok mood nak makan koey tiaw terus bertukar makan mee goreng dari gerai yang sama..

malam tersebut selepas makan mee goreng pasar malam terus sakit perut cirit birit.. 3 or 4 kali keluar masuk toilet membuang.. isk isk isk.. mengelak dari binatang kecil terkena plak sakit perut..

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.