Kisah Gelandangan di Masjid Jamek





abgferoz

dah lama rasanya tak shopping dengan family dekat carefour wangsa maju dan minggu lepas berpeluang untuk teman emak dan adik shopping di carefour dan inilah hasil shopping untuk sebulan kitaorang.

petang sabtu lepas terima jemputan dari pengerusi kelab untuk membantu melancarkan program gelandangan yang mereka buat.. aku diarah membawa sekumpulan 14 orang (1 group) dari 3 group untuk mengedarkan makanan dan mengajar mereka cara berkomunikasi dengan gelandangan.

alhamdulillah program berjalan dengan lancar.. banyak kisah dan teladan yang mereka dapat..

kisah 1
– singgah berdekatan banggunan maybank ternampak 3 orang cina sedang bersila sembang dengan mata membaca surat khabar.. aku mula hampiri mereka dan bertegur sapa..
aku : uncle sihat ? dah makan ?
uncle : sihat.. belum lagi..
aku : *mengarahkan bdak bagi mkanan pada uncle

uncle mula bercerita pasal budak kena sembelih di kotaraya.. katanya mereka selalu kasi budak tuh coklat dan gula-gula hampir setiap hari.. tak sangka bole jadi macam ni.. dan bla bla bla..

aku angguk dan layankan sahaja cerita uncle tersebut.. bila ditanya keluarga masing-masing semua mendiamkan diri.. tiada lagi yang tinggal.. mereka bersendirian.. sayup je kedengaran mengenang nasib dan memikir nasib sendiri pada masa akan datang..

kisah 2
– terserempak dengan sederet gelandangan sempat tegur 2 orang daripadanya dan ternyata kedua-dua mereka mempunyai anak yang masih hidup.
Pakcik 1 : mempunyai 2 orang anak askar tetapi dedua kerja berjauhan.. malas menyusahkan mereka katanya..
Pakcik 2 : mempunyai 1 orang anak perempuan sudah berkahwin.. dua tiga hari boleh la singgah menginap.. kalu lama nanti menyusahkan pula..

hmmm.. mereka lebih suka bersusah dari menyusahkan anak-anak mereka.. mulia sungguh..

kisah 3
– seorang pakcik berusia 59 tahun kelihatan sihat tapi taktau la kalu ada sakit apa.. cuma apa yang dia kungsikan adalah dia cuba untuk mendapatkan bantuan dari kebajikan tapi permohonannya ditolak disebabkan beliau belum berumur 60 tahun so kena tunggu tahun depan baru boleh memohon.. makanya dia tinggal di situ kerana tiada ahli keluarga lain..

ada beberapa cerita lain tapi masa tak mengizinkan kitaorang hanya sejam berjalan dah mendapat call untuk berkumpul semula di tapak perjumpaan dan sebelum sampai ke tapak perjumpaan kitaorang di tegur oleh seorang unty cina yang berkongsi pendapat dan nasihat agar program selepas ini lebih baik dan bermanfaat selain menjaga kebajikan mereka yang bergelar gelandangan.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.