Jalan Masjid India Meriah di Awal Ramadhan





Jalan Masjid India
Jalan Masjid India

sabtu lepas habis kerja terus jalan-jalan di jalan masjid india.. plan utama untuk mencari casing baru untuk samsung S3 almaklum la raya dah dekat so nak cari la baju raya baru untuk samsung ni.. so bila sampai di jalan masjid india alangkah terkejutnya bila melihat ramai orang sedang bershopping.. nak kata dekat raya tak juga.. seminggu puasa pun belum lagi tapi masjid india dah dipenuhi orang..

sepanjang jalan masjid india sehingga ke sogo ada sale dan bazar yang menjual pelbagai barangan termasuklah baju raya, baju kurung, songkok, dan pelbagai lagi sempena syawal yang bakal tiba 3 minggu lagi.. sepanjang jalan itu jugalah dipenuhi mereka-mereka yang berpusu untuk shopping raya.. mungkin ada baiknya juga shopping awal kerana mereka tidak akan terlepas untuk 10 hari terakhir ramadhan. dan mungkin juga kerana mereka takut saiz takda bila shopping hari terakhir..

disebabkan tiada plan untuk shopping makanya pulang awal selepas habis survey dan cuci mata di sepanjang jalan masjid india dan singgah di tempat kerja lama untuk main ping pong sementara tunggu waktu berbuka puasa yang masih lama lagi.. habis game ping pong sedar-sedar dah dekat pukul 5 terus gerak balik kerumah untuk shopping makan pula..

 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.