Laungan Palestine di Lrt Masjid Jamek





free palestine
free palestine

semalam cuti minggu terakhir sebelum menjelang ramadhan next week dah bz nak kemas rumah so minggu ni berpeluang untuk shopping raya dengan family.. pagi lagi dah gerak ke carefour wangsa maju yang menjadi pilihan mak dan adik untuk shopping.. 3 jam gak habis pusing situ mencari baju dorang.. fuyooo.. menggigil kaki ikut depa shopping..

lepas teman depa shopping plan nak jalan di masjid india sampai ke jalan tengku abdul rahman TAR untuk cari seluar dan baju jalan raya.. tapi disebabkan mereka sudah keletihan maka ditinggalnya aku kesorangan untuk shopping di masjid india.. bermula di masjid jamek sewaktu turun kereta terdapat sekumpulan warga asing yang aku percayai dari palestine atau negara arab sekitar. Mereka dengan semangat dan lantang bersuara FREE Palestine BOIKOT Israel di LRT Masjid Jamek.

Ternyata laungan mereka menarik perhatian semua yang berada disekitar dan ada yang turut menyertai mereka melaungkan slogan BOIKOT ISRAEL.

Bantulah mereka dengan menderma di badan-badan yang dipercayai.. sekiranya tidak mampu bantulah mereka dengan doa sekalipun.. nescaya itu pun sudah memadai.. diharap agar kita bersama-sama mendoakan saudara kita yang masih berperang di Palestine agar mendapat kejayaan besar seterusnya memadam israel dari bumi Palestine.. Insyaallah..

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.