Tips Tidur Lena Ketika Mengandung





puasa
puasa

Tips Tidur Lena Ketika Mengandung – Tidur malam yang tidak lena malah tidak boleh melelapkan mata pasti akan dihadapi oleh wanita hamil. Keadaan ini biasanya berlaku apabila perut semakin membesar dan berat badan bertambah dengan banyak. Kesulitan tidur ini sering menjadi tanda tanya buat ibu hamil. Adakah kesulitan tidur malam akan membahayakan bayi dalam kandungan.

Dalam pada itu ada juga wanita hamil menderita insomnia selama kehamilan mereka. Ini disebabkan beberapa faktor iaitu perut semakin besar, gerakan aktif bayi dalam kandungan, perasaan tidak sedap di bahagian ulu hati, kaki kejang, tidak bertemu posisi tidur yang selesa dan sebagainya. Lebih memburukkan keadaan apabila ibu hamil kerap bangun untuk ke tandas.

Bagi mengatasi masalah tidur terganggu ini ibu hamil tidak perlu mengambil sebarang ubat sebaliknya mengamalkan beberapa tips berikut.

1. Cari posisi tidur terbaik – Faktor penting untuk dapat tidur lena adalah mencari posisi tidur terbaik. Posisi tidur terbaik yang dianjurkan ketika hamil adalah tidur mengiring ke kiri. Ia dapat membantu mengoptimumkan aliran darah oksigen dan nutrisi ke plasenta.

2. Mandi dengan air panas – Mandi dengan air panas sebelum tidur selain menggunakan sabun wangi dan segar akan membantu anda tidur lena.

3. Jangan makan terlalu banyak – Hindari makan terlalu banyak makanan atau terlalu kenyang menjelang waktu tidur. Gantikan dengan makanan ringan atau segelas susu panas. Ini dapat mengurangkan rasa tidak sedap di ulu hati atau bahagian perut yang akan mempengaruhi tidur anda.

4. Minum segelas susu – Minum segelas susu panas akan membantu ibu hamil untuk dapat tidur. Susu mengandungi asam amino trytophan yang dapat meningkatkan kadar serotonin dalam otak sekaligus membantu anda untuk tidur.

5. Dengar muzik – mendengar muzik dapat membantu ketenangan dan perasaan relaks pada tubuh. Pilihlah muzik yang dapat memberikan ketenangan kerana ia akan memudahkan anda tidur dengan lebih selesa.

6. Hubungan intim – Lakukan hubungan intim dengan pasangan untuk memberikan rasa relaks dan santai. Namun jika anda tidak ingin melakukannya mintalah pasangan untuk memberikan urutan lembut agar anda merasa lebih relaks dan bahagia kerana dimanjakan.

7. Latihan menarik nafas – Latihan menarik nafas dalam yang teratur dapat menolong mengurangkan ketegangan otot. Carilah posisi yang selesa, sama ada duduk, berdiri ataupun baring. Kemudian tarik nafas melalui hidung secara perlahan lalu tahan seketika, keluarkan nafas melalui mulut secara perlahan. Lakukan beberapa kali.

sumber : Mingguan Wanita 06-12 Jun 14

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.