Bahaya Menggoncang Bayi





Bahaya Menggoncang BayiSindrom Bayi Tergoncang merupakan kecederaan otak yang berlaku akibat bayi digoncang dengan kuat. Kecederaan otak yang dialami bukan sahaja menghasilkan impak jangka panjang yang mendatangkan kecacatan kepada bayi malah ianya juga bole membunuh bayi tersebut.

Bahaya Menggoncang Bayi

bahaya goncang bayiMenggoncang bayi boleh membunuh – Otot leher bayi belum berkembang dengan baik dan tidak berupaya untuk menyokong kepala bayi yang agak besar dimana beratnya adalah 25% daripada berat badan bayi. Otak bayi pula, bersaiz jauh lebih kecil berbanding dengan tengkoraknya dan salur darah dan tisu otak bayi masih lembut dan rapuh.

Perbuatan menggoncang menyebabkan kepala bayi terhayun dan mampu membuatkan otak bayi bergoncang dengan kuat didalam ruang tengkorak. Pergerakan yang kuat ini menyebabkan salur-salur darah didalam kepala bayi dan tisu otak terkoyak dan menyebabkan pendarahan. Kecederaan ini bertambah teruk sekiranya goncangan bayi diikuti oleh pergerakan hentakan tubuh bayi (ke dinding atau ke atas tilam).

Kesan awal akibat pendarahan/kecederaan otak :
– bayi mudah meradang
– sawan
– kaki dan tangan mengalami kekejangan
– bayi tidak bermaya dan kurang bertindak balas
– tahap kesedaran bayi menurun
– muntah dan tidak mahu makan
– pendarahan yang teruk boleh menyebabkan; kematian akibat terhentinya pernafasan dan denyutan jantung

Kesan jangka panjang akibat kerosakan otak :
– masalah pembelajaran
– lumpuh
– masalah penglihatan atau buta
– masalah pendengaran
– terencat akal (cerebral palsy)
– masalah tingkahlaku
– sawan berterusan
– kematian

Baca Sini untuk Tips atau Cara Membuat Bayi Berhenti Menangis

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.